#kbesutkini PRK KUALA BESUT: PAS KINI MULA MAIN PERANG PSIKOLOGI SITUASI 16-16


Jumlah kerusi DUN Terengganu antara BN dan Pakatan Pembangkang tidak jauh bezanya di mana kini BN 17 kerusi manakala Pakatan Pembangkang 15 kerusi dengan BN menguasai Terengganu setelah menang PRU-13.

Dan, PRK Kuala Besut kini menjadi perhatian kedua-dua parti yang akan menentukan kemenangan atau kekalahan dalam PRK pertama selepas PRU-13. BN pastinya mahu kerusi DUN Kuala Besut akan terus dipertahankan manakala PAS pula berusaha untuk memenangi kerusi itu sebagai hajat untuk mahu ‘merampas’ negeri Terengganu.

Selepas penamaan calon, PAS kini mula bermain perang psikologi apabila pemimpin PAS meminta rakyat khususnya pengundi DUN Kuala Besut untuk memenangkan calon PAS agar kedudukan BN dan Pakatan Pembangkang bersamaan 16-16.

Menurut PAS, dengan situasi seperti ini akan membuatkan kedudukan BN terancam dan peluang cerah kepada Pakatan Pembangkang untuk berkuasa di Terengganu.

Bagaimanapun, bagi BN jika perkara ini berlaku akan meletakkan situasi politik tidak stabil di negeri ini kerana perbalahan yang berpanjangan.

Pembangkang sedar jika BN tewas sekalipun dalam pilihan raya kecil itu dan jumlah kerusi seimbang antara BN dan PAS, tetapi kelebihan tetap berpihak kepada parti pemerintah melalui kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri.

Buktinya, dalam setiap ceramah PAS pemimpinnya memberitahu mereka (Pakatan Pembangkang) akan berpeluang memerintah negeri ini sekiranya kedudukan 'seri 16-16' dalam DUN Terengganu.

Dalam situasi di Terengganu ini, rakyat harus terus memberi undi dan ruang kepada calon BN bagi memastikan kestabilan politik di Terengganu. Kerana jika tidak dan berlakunya situasi 16-16 sebagaimana yang dihajati pembangkang, kerajaan dan negeri ini dalam bahaya, tidak stabil, akan berlaku perbalahan yang akhirnya akan merugikan rakyat.

Dalam hal ini juga wakil rakyat tidak akan rugi tetapi rakyat yang akan rugi, Terengganu tidak stabil disebabkan rakyat rugi, contohnya, dana melalui wang ihsan tidak boleh disalurkan kerana pembangkang tidak suka dana ini, dia mahu dana lain.

Justeru itu, katanya, kempen '16-16' yang dibawa oleh pembangkang amat berbahaya kepada seluruh negeri Terengganu. Hanya rakyat DUN Kuala Besut sahaja yang boleh menentukan nasib negeri Terengganu.

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara BN dengan saingan tradisinya, PAS.


BN diwakili oleh jurutera, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, manakala PAS diwakili oleh kontraktor, Endot @ Azlan Yusof, 48.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger