#kbesutkini PATUTLAH ANWAR TIDAK DATANG KE KUALA BESUT RUPANYA SIBUK URUSKAN KES LIWATNYA


Di sebalik keghairahan PAS berkempen bermati-matian untuk memastikan kemenangan dan menjadikan kedudukan DUN Terengganu sebagai 16:16, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga begitu sibuk dengan barisan peguambelanya apabila membantah pelantikan peguam kanan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat itu.

Sebagai tertuduh, kenapa Anwar perlu membantah dengan pelantikan Muhammad Shafee sebagai ketua pendakwaraya? Apakah Anwar terlalu takut akan kebijaksanaan Muhammad Shafee?

Seharusnya Anwar harus menguatkan lagi barisan peguambelanya yang kini terdesak untuk mencari helah penipuan yang sememangnya menjadi asam garam Anwar dan Pakatan Pembangkang.

Harus diingat, barisan peguambela Anwar itu diketuai ketua pembelit dan penipu, Karpal Singh. Namun, sedihnya Karpal Singh tidak dapat hadir kerana sakit dan mungkin terkena jerebu.

Bagi menghebahkan perkara ini, Anwar menerusi laman mikro Twitter miliknya menulis "Mahkamah Rayuan: tangguh kerana YB Karpal di HKL. Bantah perlantikan DS Shafee Abdullah yang terlibat menentang saya sejak 98 sebagai Ketua Pendakwa".


Ternyata Anwar terdesak untuk menang kes liwatnya dengan bermacam helah dan terbaru mahu menyingkirkan ketua pendakwa kanan Datuk Muhammad Shafee yang dikatakan mampu untuk mengheret Anwar ke kancah bersalah.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger