#kbesutkini PAS TERDESAK UNTUK MENANG BERKEMPEN SAMPAI JAM 3.00 PAGI


PAS bersama calonnya Che Long tiada cara lain kecuali menggunakan apa yang ada pada saat akhir biarpun terpaksa melanggar peraturan SPR yang mana kempen sepatutnya tamat jam 12.00 tengah malam.

Macam-macam tindakan telah diambil termasuklah membuat surat palsu mengenai pemberian wang, memberikan minyak secara percuma (rasuah) dan membuat ceramah (kacau) di bazaar Ramadhan ketika rakyat membeli juadah berbuka puasa.

Sepatutnya kempen PRK DUN Kuala Besut berakhir jam 12.00 tengah malam tetapi PAS meneruskan sehingga jam 3.00 pagi. Walaupun menyedari waktu itu ramai yang mengambil kesempatan untuk bersahur, tetapi PAS menggunakan kesempatan ini dengan layaknya dipanggil melanggari peraturan SPR.

Dalam hal ini, PAS harus dikenakan tindakan tegas dengan membatalkan penyertaan calon PAS dalam PRK DUN Kuala Besut. Secara terang lagi jelas, PAS melanggar peraturan.

Menyedari kekalahan PAS pada PRK DUN Kuala Besut ini, PAS kini sudah berpecah dua sejak dari sebelum penamaan calon lagi. Dikatakan calon PAS sekarang ini sebenarnya pilihan Husam Musa atau lebih tepat lagi calon PAS Kelantan. Sebelum pengumuman calon, PAS Terengganu sudah mempunyai calon sendiri, tetapi akibat campur tangan PAS Pusat maka calon PAS Terengganu terpaksa direject.

Tidak cukup dengan itu, calon PAS, Che Long ini secara terang tidak mahu dicalonkan kerana mempunyai komitmen yang lebih kepada peniagaan yang banyak memberikan keuntungan kepadanya. Namun, atas dasar membalas budi Husam Musa sebelum ini maka tiada cara lain hanyalah menerima pelawaan Husam Musa.

Kini, terpulanglah kepada rakyat dan pengundi DUN Kuala Besut untuk memilih wakil mereka dalam DUN Terengganu. Mengikut prestasi bekas penyandang terdahulu, kebajikan rakyat dibela dan pembangunan insfrastruktur mahupun sosial penduduk DUN Kuala Besut terjaga serta terjamin.


Pilihan terletak di tangan pengundi DUN Kuala Besut. Jika mahukan transformasi seperti yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak maka calon BN harus menjadi pilihan. Jika bersandarkan kepada janji tinggal janji maka calon PAS menjadi pujaan. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 24, 2013 at 8:37 AM

Di PRU13 SG ACEH Republik Penang pon PAS PUSAT Laknatullah mengubah keputusan Perhubungan PAS Negeri. PAS negeri syurakan Ketua Pemuda PAS bertanding, alih2 PAS PUSAT jd syaitan hantar arahan Ust Yusni mesti undur beri laluan pd Cg Bad.. apa moralnya? Moralnya PAS PUSAT telah dikuasai oleh PARASIT2 Anwar!!
Sama lah jg di Besut! PAS dh rosak skrg.. tunggu masa nk mampos! AMin!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger