#kbesutkini PAS PERGUNAKAN RAFIZI RAMLI UNTUK CUBA DAPATKAN PUBLISITI MURAHAN KEMPEN PRK KUALA BESUT


Sehingga hari ini, Jumaat, penganalisis politik di Malaysia meramalkan BN masih mendahului PAS dalam mencapai kemenangan dalam PRK DUN Kuala Besut. Melihat kepada keadaan ini, PAS sudah semakin terdesak untuk mencapai kemenangan ke-16 di DUN Terengganu yang kini menjadi mainan proaganda mereka terhadap pengundi DUN Kuala Besut.

Untuk itu, Naib Presiden PAS yang juga Pengarah PRK Kuala Besut mempelawa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mewakili BN berdebat secara terbuka dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mewakili Pakatan Pembangkang.

Alasannya mudah sahaja ialah untuk mendapatkan publisiti siaran langsung atau siaran rakaman di dalam televisyen secara percuma.

Malah, Husam Musa mencadangkan perdebatan diadakan secara terbuka di Kuala Besut selepas solat Tarawih esok (Sabtu).

Menjadi amalan Pakatan Pembangkang untuk mencabar mana-mana pemimpin BN walaupun hasil perdebatan itu memihak kepada BN dan seterusnya menimbulkan perasaan tidak puas hati mereka.

Mengikut rekod perdebatan, Rafizi Ramli yang sebelum ini pernah berdebat dengan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaluddin dilihat sangat tidak sesuai. Ini kerana selain mempunyai pertuduhan yang menunggunya di mahkamah, Rafizi Ramli sebelum ini juga pernah dimalukan Khairi Jamaludin.


Persoalan sekarang kenapa Husam Musa sendiri yang tidak tampil ke hadapan untuk berdebat dengan Shabery Cheek? Kenapa perlu menghantar ‘lembu’ yang lembut itu untuk mewakili PAS? Harus diingat bukan PKR yang bertanding di DUN Kuala Besut tetapi PAS.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger