#kbesutkini PANGGILAN KECEMASAN NIK AZIZ DI PRK KUALA BESUT


Setelah hampir seminggu kempen PAS di DUN Kuala Besut ini berlangsung akhirnya panggilan kecemasan terpaksa dilakukan dengan memanggil bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS untuk datang berceramah dan berkempen.

Sepanjang tempoh tersebut ternyata kempen PAS tidak mendatangkan sebarang perubahan terhadap sokongan rakyat kepada BN. Namun, bagi kem PAS dengan kehadiran Nik Aziz di DUN Kuala Besut akan memungkinkan sesuatu peristiwa yang baik berlaku.

Melihat kepada perkembangan sokongan penduduk kepada calon PAS, ternyata PAS semakin terdesak untuk menarik sokongan rakyat DUN Kuala Besut. Malah, boleh dikatakan PAS kini sudah ketandusan idea untuk menarik sokongan rakyat.

Dan, langkah membawa masuk Nik Aziz ke dalam kempen PAS di PRK Kuala Besut ini membuahkan hasil apabila sepanjang aktiviti ceramah diadakan dalam tempoh kempen, ceramah disertai pemimpin nombor satu PAS itu antara yang berjaya menarik kehadiran ramai biarpun tidak mencapai KPI seperti yang dijangka.


Dalam ceramah di Kampung Beris Pak Abu semalam, Nik Aziz turut menyeru pengundi dsupaya undi calon Pas, Azlan @ Endut atau lebih mesra panggilan Che Long.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger