#kbesutkini KENAIKAN HARGA AYAM RESAHKAN PENDUDUK KUALA BESUT


Ketika hendak musim perayaan, masalah yang paling utama dihadapi pengguna ialah harga ayam akan melambung tinggi hingga ke satu saat yang tidak masuk akal. Semua ini gara-gara sikap pemborong sebagai orang tengah yang mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda menjelang musim perayaan.

Berbeza dengan bukan musim perayaan, harga ayam kelihatan tidak banyak berubah dan dalam lingkaran harga kawalan. Tetapi, apabila musim perayaan harga ayam melambung naik sehingga menyebabkan banyak makanan yang berteraskan ayam meningkat terutama nasi ayam dan lauk pauk ayam.

Senario ini sungguh memeningkan rakyat Kuala Besut yang kini sedang dalam tempoh berpantang apabila hanya tinggal sehari sahaja lagi PRK Kuala Besut akan melabuhkan masanya untuk menentukan sama ada BN atau PAS yang akan menang.

Selain rakyat Kuala Besut, seluruh rakyat Malaysia juga merasai debaran PRK Kuala Besut dan juga rimas dengan harga ayam yang kini dilihat semakin meningkat biarpun pelbagai usaha dilakukan.

Bayangkan jika sebelum ini harga untuk seketul ayam dijual dengan harga RM1.50 hingga RM2.00, tetapi sekarang di musim bulan Ramadhan penjual terpaksa menjual seketul ayam hingga mencecah RM4.00. Manakala, bagi penjual ayam panggang, harga jualan ialah RM18.00 seekor.

Ramai pengguna menunding jari kepada kerajaan kerana tidak bertegas dalam soal harga ayam ini. Padahal, kerajaan telah menetapkan harga siling ayam pada RM7.70 sekilogram yang akan dilaksanakan 26 Julai ini.

Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah berkata, kerajaan telah mengambil risiko kerana harga ayam hanya dikawal pada waktu tertentu seperti musim perayaan.

“Secara peribadi, saya berpendapat harga RM7.70 sekilogram agak tinggi. Namun, kerajaan telah mengambil tindakan berani apabila meletakkan harga RM7.70 sekilogram sedangkan harga yang dijual di pasaran lebih RM8 sekilogram.

“Pengguna harus faham bukan mudah untuk kerajaan menurunkan harga barang pada tahap yang berpatutan. Kita tidak mahu pelaksanaan Skim Kawalan Harga ini akan menyebabkan tiada bekalan ayam di pasaran.

Terdahulu, peniaga dan pengguna mengeluh dengan harga kawalan yang ditetapkan kerajaan dan menyifatkan harga siling ayam yang ditetapkan RM7.70 sekilogram sebagai masih tinggi.

Jumaat lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penurunan harga ayam dari harga purata runcit RM8.40 sekilogram kepada RM7.70 sekilogram.

Harga ini akan dikuatkuasakan selama 17 hari bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2013.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, ayam adalah antara 20 senarai barangan harga kawalan bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengguna perlu aktif memainkan peranan bagi memastikan masalah kenaikan barang tidak terus berlaku.

“Masalah kenaikan harga barang tidak boleh bergantung kepada kerajaan saja, pengguna juga perlu main peranan. Kesedaran saja tidak cukup kerana mereka mesti bertindak.

“Jangan hanya tunggu musim perayaan baru hendak mengadu. Jika harga barang naik, laporkan segera kepada pihak berkenaan.


Janganlah harga ayam naik, kerajaan juga dipertanggungjawabkan sedang kerajaan sebelum ini telah melakukan pelbagai usaha untuk menurunkan harga ayam. Seharusnya yang dipersalahkan ialah pemborong yang menjadi penentu kepada harga ayam yang berada di pasaran.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

July 23, 2013 at 10:41 AM

apapun, ini semua kerja makhluk simata sepet jugak. nak contoh? raya cina tahun lepas, susu fn high calcium yg biasa dijual dengan harga rm2.50 setin boleh turun kepada rm2.15 sen. bila tiba hari raya puasa tak pasal2 naik menjadi rm2.65 sen. kenapa? untuk menyusahkan melayu dan Islam la, apa lagi.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger