#kbesutkini HUSAM MUSA MULA SEBAR PROPAGANDA TAKUTKAN RAKYAT KUALA BESUT


PAS hanya mahu menang dan jadikan kerusi DUN Terengganu sebagai 16-16 sebagai helah dalam PRK DUN Kuala Besut yang dijadualkan 24 Julai ini.

Dengan kempen hanya tinggal beberapa hari, dan pemerhati dan pemerhati politik meramalkan BN akan menang selesa dalam PRK DUN Kuala Besut, PAS sudah terdesak untuk menang.

Atas desakan ini, Pengarah PRK DUN Kuala Besut, Husam Musa mula bermain propaganda untuk mengelirukan rakyat dan pengundi DUN Kuala Besut. Strateginya dengan mengatakan Kerajaan Terengganu akan kekal di bawah pemerintahan BN jika PAS memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut 24 Julai.

Dengan kekalnya BN sebagai parti pemerintah, rakyat DUN Kuala Besut tidak perlu bimbang untuk memberikan kemenangan kepada PAS dalam PRK DUN Kuala Besut itu nanti.

BN juga tidak perlu bimbang atau khuatir akan berlaku kekecohan serta pentadbiran tergantung seperti mana disuarakan pemimpin mereka. Namun, bagi BN sendiri kemenangan PRK DUN Kuala Besut akan memastikan BN semakin kuat dan segala perancangan untuk memajukan DUN Kuala Besut dan keseluruhan Terengganu sebelum ini akan terlaksana.


Jika sebaliknya berlaku, rakyat dan pengundi DUN Kuala Besut juga yang akan rugi memandangkan rekod dan prestasi pemimpin Pakatan Pembangkang di seluruh negara tidak memuaskan dengan banyak janji pilihan raya yang tidak ditunaikan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 19, 2013 at 5:06 PM

Husam terpaksa bayar RM40,000.00 pada Kickdefella kerana tarik balik kes saman. Che Long menjadi harapan Husam untuk bayar kos mahkamah tu. Kalau tidak terpaksalah Husam buat projek-projek mega kumpul dana yang sebenarnya untuk bayar kos-kos mahkamah yang dia kalah sebelum ini.

Rasanya tanah balak mana pulak nak digadai oleh Husam? Tanah Kuala Besut?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger