#kbesutkini CALON PAS ENDOT @ AZLAN YUSOF DIARAH BERDIAM DIRI DAN TUTUP MULUT


Akibat pelbagai kontroversi yang melibatkan calon PAS Endot @ Azlan Yusof sepanjang penamaan calon dan kempen PRK Kuala Besut, pemimpin tertinggi PAS yang juga Pengarah PRK Kuala Besut PAS, Husam Musa.

Bukan disebabkan bulan puasa sebaliknya pemimpin tertinggi PAS tidak mahu Azlan Yusof terlepas cakap kerana dikatakan tidak mempunyai pengalaman dalam berbicara di khalayak ramai.

Untuk menyelamatkan situasi, Azlan Yusof tidak dibenarkan berceramah mahupun bercakap dengan media sebaliknya terpaksa menggunakan jurucakap yang dilantik khas untuk berhadapan dengan pihak media.

Sepanjang kempen Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Cukai memainkan peranan itu sejak hari pertama kempen berlangsung ketika media berkumpul di markas PAS dalam sidang akhbar bersama calon.

Buktinya, apabila sekumpulan media mahu meminta pandangan calon PAS, Azlan Yusof dilihat seakan cuba mengelak daripada menjawab sebarang persoalan yang mula berlegar dengan sikap dan pendirian sebenarnya, lalu menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Hanafiah sekali lagi.
"Tunggu bagi mene (menang) dulula... tak apa... tak apa... tunggu mene dulu. Lepas tu baharu kita tengok macam mana," kata kontraktor itu yang agak keberatan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan setelah terus mendapat sorotan media dengan pemilihannya sebagai calon.

Ini susulan daripada kontroversi Azlan Yusof semasa berceramah bersama Naib Presiden PAS, Sallehudin Ayub hingga menimbulkan keraguan di kalangan penyokong PAS terhadap kemenangan calon mereka nanti.

Menurut Azlan Yusof sekiranya beliau menang PRK DUN Kuala Besut, peranan dan tanggungjawab sebagai ADUN akan dipindahkan kepada ‘orang lain’ untuk memikulnya memandangkan beliau terlalu sibuk dengan perniagaannya di luar Kuala Besut termasuk di Kelantan.

Kenyataan ini sangat mengecilkan hati penyokong PAS seolah-olah undi mereka tidak mampu mengubah cara hidup mereka sekiranya PAS menang dalam PRK Kuala Besut ini.

Seperti biasa, jawapan yang diberikan pemimpin PAS dan calon itu sendiri yang mendakwa itu hanya dimanipulasi pihak tertentu yang cuba menjatuhkan PAS.


"Benda itu memang dimanipulasi. Mana boleh ambil orang dia (menjadi wakil rakyat). Ada P.A (pembantu peribadi) dia... ada kerani dia... ada orang yang duduk sekitar dia... itu maksud dia sebenarnya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger