INI JAWAPAN PAS ATAS KEKALAHAN TERUK CHE LONG DALAM PRK KUALA BESUT



Seperti biasa setiap perkara sama ada menang atau kalah, pasti bersebab. Dan, PAS mengumumkan sebab utama PAS menerusi calonnya Che Long kalah teruk dalam PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai lepas disebabkan masalah tarikh mengundi.

Sebab musabab ini berasaskan 24 Julai (Rabu) itu hari bekerja. Atas sebab itu juga ramai pengundi DUN Kuala Besut yang berada di luar Terengganu tidak dapat pulang mengundi. Demikian menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan PAS.

Kenapa tarikh ini tidak dibantah sewaktu SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi? Kenapa baharu sekarang (selepas mengundi)?

Tidak cukup menyalahkan tarikh mengundi, PAS juga mendakwa tarikh tersebut (Rabu) itu seolah-olah telah direncanakan pihak tertentu untuk tidak memberi peluang menang kepada PAS. Seperti biasa PAS mahupun Pakatan Pembangkang akan menunding jari kepada SPR dan Kerajaan (merujuk kepada BN) sebagai punca kepada permasalahan ini.

Dengan kuat mengatakan PAS kalah disebabkan tarikh, Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pihaknya optimis calon PAS menghampiri kemenangan sekiranya tarikh mengundi dibuat pada cuti hujung minggu. Namun, sekiranya tidak menang sekalipun, PAS tidaklah kalah teruk seperti yang dialaminya sekarang.


Sambil menolak kenaikan undi calon BN sebanyak 158 undi itu suatu yang sememangnya telah dijangka. Malah, PAS mengandaikan BN seharusnya mendapat undi yang lebih banyak berdasarkan kepada cara dan kaedah kempen yang mereka laksanakan. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 30, 2013 at 2:02 AM

Silap tu, dengan ceramah2 selebriti, keglamoran UAI dan pemberian minyak percuma kepada penduduk sepatutnya mampu diterjemahkan kepada undi dan seharusnya undi majoriti untuk BN juga seharusnya lebih rendah dari keputusan PRU-13 yang lalu. Tapi disebabkan faktor calon yang ditengahkan oleh PAS adalah yang PALING BANGANG pernah dikemukakan, jadi soal PAS sepatutnya menang dan menawan kerusi DUN Kuala Besut tidak berbangkit sama sekali. Hanya nak sedapkan hati dan perasaan pengundi mereka, terpaksa la beri alasan BODOH walaupun terang-terangan PAS Terengganu hanya jadi budak suruhan kepada PAS Kelantan...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger