EMOSI MENGUASAI PEMIKIRAN BLOGGER PECAH PALAK MIKIR


Berbekalkan blog dan facebook Pecah Palak Mikir (PPM), pemiliknya yang dikenali sebagai Cikgu Fadzil yang berasal dari Semenanjung telah merasakan dirinya hebat dalam berpolitik. Blogger proBN ini yang ditaja Pengerusi UMB UMNO banyak menyiarkan artikel menyerang Pakatan Pembangkang dan mempertahankan BN.

Malah atas dasar itu juga setiap pemimpin BN tidak boleh ditegur atau dikritik jika secara jelas didapati bersalah. Mungkin inilah yang diamalkan PPM selama ini dalam setiap artikelnya.

Terbaru, serangan PPM ke atas Ketua Pengarah JASA Dato’ Fuad Hassan di dalam blognya yang bertajuk ‘Tujuh Tembelang JASA Dato Fuad Hassan’. Ini semua angkara tweet Fuad Hassan mengenai isu pihak sekolah yang menyediakan tempat makan murid-muridnya di dalam tandas.

Melihat kepada tweet Fuad Hassan pada jam 2.43 petang yang berbunyi “Kerajaan perlu siasat segera. Jika benar ini perbuatan guru bodoh dan bebal. Tindakan keras pelu diambil. Tak guna otak dan common sense. Jangan selindung. Usaha murni toleransi dimusnahkan oleh perbuatan orang yang tidak berakal”.

Menjadi kebiasaa PPM dalam menulis artikel di dalam blognya, maksud memuji sentiasa dimulakan sebagai memulakan bicara. Dan, selepas itu baharulah lidah bercabang PPM mula menghentam subjek yang menjadi sasarannya.

Dengan menggunakan perkataan bengap, PPM mengandaikan Fuad Hassan sebagai tidak memahami sesuatu perkara yang ditulisnya. Apakah semua UMB UMNO bersikap sedemikian hingga sanggup mengeluarkan kata-kata kesat ke atas seorang Ketua Jabatan yang selama ini banyak membantu BN dalam mempertahankan kerajaan?

Apakah semua tindakan dan tugasan jabatan kerajaan seperti JASA dan jabatan/agensi lain perlu dimaklumakan akan tugasnya kepada PPM? Jika hendak tahu peranan dan tugasan, taip sahaja kat google dan search.

Berbicara pasal sumbangan dan peranan JASA dalam PRU-13, selayaknya PPM tanyalah sendiri dengan Fuad Hassan. Mungkin beliau ada 1001 jawapan kepada satu soalan PPM. Jangan buat andaian melulu dan ikut sedap jari tangan sahaja nak menaip. Nak juga tanya, apa pula sumbangan UMB BN Sarawak semasa PPM menjadi koordinatornya dan UMB UMNO dalam PRU-13?

Jangan hanya guna akal yang pendek untuk bercakap sesuatu perkara yang kita sendiri tidak ketahui. Oleh itu, akal yang Allah swt berikan gunakanlah dengan bijaksana dan bukan hanya tahu hendak menghentam orang yang tidak tahu asal usulnya.


Maaf cakaplah jika dikatakan PPM ini masih cetek ilmu politiknya. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 1, 2013 at 3:14 PM

Harap Datuk Fuad boleh tampar PPM pakei duit 1000, orang nak raya faham2 la

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger