ANWAR IBRAHIM MEMILIKI 20 AKAUN TERMASUK DI BANK ISRAEL


Kecoh seluruh Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Renggam, Liang Teck Meng ‘membongkar’ rahsia Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki 20 akaun bank di luar negara termasuk di Israel.

Ketika membahaskan kenyataan itu, Liang Teck Meng telah dikecam oleh beberapa Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang dan meminta Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Bagi diri Liang, tujuan Pakatan Pembangkang berbuat demikian ialah untuk mengalih perhatian dan menghalang kerajaan menjalankan sisasatan terhadap isu berkenaan.

Sebaliknya, tegas Liang hujah yang dikemukakan itu bertujuan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan selain mahu siasatan terperinci dijalankan terhadap maklumat yang diperoleh dari laman web Wikileaks itu.

Hanya minta kerajaan menjalankan siasatan apakah ada campur tangan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan kerana ia membahayakan negara.

"Saya hanya minta siasat, kalau tidak ada (dakwaan tidak betul), kenapa mahu merujuk saya ke jawatankuasa khas Parlimen. Usaha merujuk saya ke jawatankuasa khas jelas mahu menghalang kerajaan daripada melakukan siasatan sewajarnya," katanya yang ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat.  

Liang ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semalam mendedahkan anggota Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang itu memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta dengan memetik maklumat daripada WikiLeaks.

Liang dalam pada itu berkata sekiranya pembangkang mahu beliau membuat permohonan maaf, mereka boleh berbuat demikian setelah siasatan terperinci mengenai maklumat itu dijalankan oleh kerajaan mendapati ia tidak benar.

Bercakap kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, Anwar seterusnya menuding jari terhadap blogger Umno berhubung dakwaan itu.

"Ia (dakwaan) tidak berasas. Dia kata daripada WikiLeaks, bila diperiksa ia daripada blogger UMNO…. pasport pun lain, nombor pun lain dan semua lain," katanya.

Sebelum itu isu sama dibangkitkan Tian Chua (DAP-Batu) yang mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36 (9) untuk merujuk Liang ke jawatankuasa berkenaan kerana disifat telah menyalahguna keistimewaan sebagai anggota Parlimen kerana menyentuh peribadi Anwar yang tidak bersabit dengan tugasnya sebagai anggota Parlimen.

"Kalau betul pun ada sesiapa yang mempunyai akaun bank, itu tidak ada urusan dengan beliau sebagai anggota Parlimen, jadi apa yang dibawa (oleh Simpang Renggam) adalah 'abuse of privilage'," katanya.

Apakah Tian Chua sebelum ini tidak pernah menggunakan keistimewaannya sebagai Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat ketika menghentam pemimpin BN dan kerajaan?


Juga, jika benar Anwar Ibrahim tidak memiliki akaun tersebut tidak usahlah mengelabah tidak tentu pasal dan meminta Liang dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Siasat dahulu dan sebelum bukti membuktikan kebenaran.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger