AHLI PARLIMEN SHAH ALAM GAGAL DALAM SAMAN FITNAH


Tidak semua apa yang dibawa Pakatan Pembangkang menang dalam saman fitnah. Terbaru, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad gagal dalam saman fitnahnya terhadap  bekas ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman berhubung penyiaran gambar teknik tindih yang menunjukkan beliau seperti paderi Kristian.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah menolak saman tersebut kerana Khalid gagal mengemukakan dokumen asal yang mendakwa dia difitnah.

Sudahlah gagal dalam saman fitnah, mahkamah pula mengarahkan Khalid Samad membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Hamidah.

Dalam hujah penghakiman, dakwaan plantif yang mengatakan artikel itu yang diterbitkan oleh defendan adalah fitnah adalah satu perkara yang subjektif  dalam sesuatu tuntutan.

Selain itu, katanya Khalid juga telah mengemukakan suatu dokumen yang tidak dikeluarkan daripada laman web yang asal.

Juga tidak  terdapat dalam artikel terbabit mengenai  apa yang boleh dirujuk secara literal dan maksud biasa bahawa Khalid merupakan seorang yang murtad atau apa-apa yang berniat untuk merendah-rendahkan reputasi Khalid.

"Justeru mahkamah dapati defenden tiada niat untuk memfitnah plantiff," katanya.

Mahkamah turut mendapati, jika gambar yang didakwa itu wujud maka artikel yang dikaitkan itu boleh disifatkan fitnah terhadap Khalid.

Khalid menyaman Hamidah pada 23 Disember 2011 berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar Khalid yang disiarkan melalui blognya pada Januari 2010.


Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid sebagai plaintif mendakwa, gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

September 14, 2013 at 10:45 AM

Kalau si khalid samad ni setuju utk serahkan kalimah ALLAH kpd kristian, apa pulak salah kalau beliau pakai baju paderi kristian, yg mana lebih songsang dalam dua isu tersbut?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger