ZURAIDA PERSOAL LANTIKAN SAIFUDDIN KE DALAM JAWATAN PEGAWAI SERATA POLITIK


Mohamed Azmin Ali, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor mendesak kerajaan negeri Selangor memberikan penjelasan tentang pelantikan Saifuddin Nasution ke dalam jawatan pegawai seranta politik yang dikatakan setara dengan jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar.

Terdahulu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan negeri mempunyai kuasa melantik mana-mana individu yang layak untuk membantu menjayakan program kebajikan dan pembangunan luar bandar seperti mana yang termaktub manifesto Pakatan Rakyat Selangor pada PRU13, 5 Mei lalu.

"Tak payah bincang (perjelas) apa yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk mencari cari individu yang punyai keupayaan untuk laksnakan manifesto yang telah kita bentangkan dalam PRU13 lalu.

Walaupun telah dimaklumkan oleh Khalid Ibrahim, kepimpinan PKR Selangor sehingga kini masih belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung mengenai pelantikan Saifuddin Nasution sebagai pegawai seranta politik (political liason) negeri Selangor.

Perkara tersebut didedahkan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamarudin yang menegaskan beliau serta pemimpin lain termasuk Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak dimaklumkan berhubung pelantikan tersebut.

Pelantikan Saifuddin  mewakili PKR sebagai political liason yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat diumumkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam ucapan penutupnya semasa Kongres Nasional ke-9 PKR.


Jawatan tersebut bakal ditubuhkan bagi mengendali hal ehwal politik dalaman negeri sekali gus membantu Khalid Ibrahim.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger