TINDAKAN DAP SRI AMAN MEMALUKAN DAN HANYA SIA-SIA SAHAJA


Ketika di kalangan orang ramai pergi bekerja dan ke kebun bagi menjalankan kegiatan harian, ahli-ahli DAP Cawangan Sri Aman mengambil kesempatan mengadakan demontrasi.

Sebagai tiada kesudahan, mereka (ahli-ahli DAP) berkumpul dan mengadakan demontrasi sambil membawa sepanduk berbahasa Cina bagi mengecam kelewatan pembinaan loji air.

Kumpulan DAP ini diketuai Ketua Cawangan DAP Sri Aman Leon Jimat Donald bersama 20 orang ahli DAP Sri Aman yang majoritinya berketurunan Cina.

Menurut salah seorang ahli DAP Cawangan Sri Aman, demontrasi ini bertujuan meminta kerajaan mempercepatkan pembinaan loji rawatan air di Sri Aman bagi kemudahan penduduk.

Difahamkan loji rawatan air di Sri Aman masih dalam pembinaan dan dijangka siap mengikut jadual. Malah dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak ke Sri Aman sebelum PRU-13 mahu memastikan setiap projek yang sedang dilaksanakan hendaklah dijalankan mengikut jadual.

Spekulasi hangat juga ditimbulkan oleh sebahagian bekas ahli DAP Cawangan Sri Aman yang menegaskan demontrasi itu hanyalah sebahagian daripada hasrat Leon untuk menonjolkan diri bagi dipilih sebagai calon DAP bagi ADUN Simanggang. Beliau bimbang sekiranya tidak terpilih menjadi calon DAP dalam PRN Sarawak Ke-11 kelak.

Ini disebabkan pemilihan calon dalam Pakatan Pembangkang boleh ditukar pada saat-saat akhir. Mereka yang berjaya membodek Pengerusi DAP Sarawak yang kini disandang Chong Chieng Jen akan dapat naik menjadi calon DAP.

Ada di kalangan suara-suara rakyat Sri Aman yang mempertikaikan tindakan Leon dan ahli-ahli DAP Sri Aman itu yang cuba untuk memesongkan pemikiran rakyat. Hakikatnya kerajaan sedang dalam melaksanakan projek seperti yang telah dijanjikan kepada rakyat.

Selepas PRU-13 yang telah berlalu, hanya tinggal 2 tahun setengah sahaja lagi PRN Sarawak Ke-11 akan berlangsung. Seperti biasa Pakatan Pembangkang telah cuba membuat provakasi bagi mengalih perhatian terhadap isu remeh-temeh biarpun projek itu sedang dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, bagi masyarakat Sri Aman tindakan DAP Cawangan Sri Aman itu disifatkan sebagai ‘membuang masa’. Selain tidak mendapat sambutan dan tidak dipedulikan orang ramai, ramai di kalangan masyarakat Sri Aman mengutuk perbuatan itu yang hanya mahu memburukkan kerajaan.


Pakatan Pembangkang ini tidak habis-habis hendak berpolitik berbeza dengan BN yang selesai PRU-13 terus menjalankan kewajipan sebagai Ahli Parlimen. Manakala ADUN seperti biasa komited untuk terus memberikan komitmen kepada rakyat di kawasan dan seluruh Sarawak. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 18, 2013 at 3:15 PM

Assalamualaikum,

Iklankan apa saja barangan yang anda ingin jual atau iklankan perniagaan

anda di laman web www.produkmuslim.info

Terima kasih

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger