POLITIK PARTI PAKATAN PEMBANGKANG DI MALAYSIA SANGAT TIDAK MATANG


Biarpun majoriti rakyat Malaysia telah bersetuju dan bersepakat memilih BN sebagai Kerajaan yang memerintah dan Najib Razak sebagai Perdana Menteri menerusi peti undi namun bagi puak-puak penyokong Pakatan Pembangkang mereka masih berdegil.

Penyokong Pakatan Pembangkang masih tetap mahu mengadakan siri bantahan menerusi perhimpunan haram dan demontrasi jalanan. Perhimpunan Black 505 misalnya mahu mengheret rakyat di jalan raya kononnya berlaku blackout ketika pengiraan kertas undi.

Namun, sesi penerangan dan penjelasan berhubung isu blackout oleh SPR telah membuktikan dakwaan Pakatan Pembangkang itu ialah palsu da fitnah. Sehingga ke hari ini tiada sebarang komen mahupun pandangan daripada penyokong mahupun pemimpin Pakatan Pembangkang.

Difahamkan Pakatan Pembangkang ingin mengadakan Himpunan Blackout 505 bertempat di Padang Merbok. Biarpun polis telah memberikan kebenaran ekoran memenuhi syarat, tetapi bagi empunya kawasan iaitu DBKL telah tidak membenarnya.

Mengikut syarat, penganjur tidak akan dapat melihatnya jika tidak membenarkan dirinya berkahwin kali ke-3.

Beberapa siri demonstrasi dan perhimpunan diadakan sejak 8 Mei, dengan ucapan berbaur fitnah, tohmahan, maki hamun dan hasutan semakin galak dilakukan oleh mereka yang berkepentingan, lantas memanipulasi sentimen dan emosi orang ramai seolah-olah inilah cara politik baharu di Malaysia.

Persoalannya, dalam tempoh tujuh tahun lagi ke arah negara maju pada 2020, adakah corak berpolitik pakatan pembangkang ini boleh dinamakan politik matang?

Mengulas lanjut, beliau berkata Amerika Syarikat, Britain dan Jepun adalah contoh negara yang berjaya mengamalkan politik matang manakala Malaysia semakin bergerak ke hadapan menuju demokrasi yang progresif.

Keputusan PRU13 yang menyaksikan pertambahan kerusi yang dimenangi Pakatan Pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS dengan bilangan pengundi yang keluar mengundi mencecah 84.8 peratus turut mencerminkan rakyat mengamalkan demokrasi untuk melakukan perubahan melalui undi.


Namun mampukah Pakatan Pembangkang memainkan peranan mereka untuk mengawasi dan menegur kepada kerajaan atau hanya terus berpolitik dan memanipulasi sentimen dan emosi rakyat? Atau hanya sebagai pencetus demontrasi jalanan dan perhimpunan haram di Malaysia setiap bulan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 20, 2013 at 9:57 AM

nak tengok dlm petisyen p.raya di mahkamah nnti oleh pr, karasan mana yg mereka sebut ada blackout sebab tiada sebarang laporan polis ada blackout masa pengiraan undi

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger