PESURUHJAYA TINGGI BANGLADESH DI MALAYSIA SANGKAL DAKWAAN KETUA PEMBANGKANG ANWAR IBRAHIM


Dakwaan Pakatan Pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim mengatakan seramai 40,000 rakyat Bangladesh dibawa ke Malaysia sebagai pengundi pada PRU-13 yang lepas.

Bagaimanapun dakwaan Anwar Ibrahim itu telah disangkal Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan dakwaan itu tidak masuk akal dan cubaan untuk mencemar imej dan nama negara Bangladesh selain propaganda jahat parti pembangkang.

Adalah amat mustahil untuk membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh dalam tempoh yang singkat seperti yang didakwa pembangkang termasuk di laman media sosial. Ini kerana ia memerlukan berpuluh buah kapal terbang komersial untuk membawa mereka selain kos yang tinggi serta tahap kemasukan ke Malaysia yang ketat.

Sebaliknya, A.K.M. Atiqur Rahman menyifatkan tuduhan itu direka oleh mereka yang berkepentingan dengan memberi gambaran serta maklumat yang salah.

Biarpun pengundi Bangladesh menjadi topik hangat Pakatan Pembangkang dalam mengecam kemenangan BN dalam PRU-13, tetapi sehingga ke hari ini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pemimpin Pakatan Pembangkang.

Apa yang diharapkan A.K.M. Atiqur Rahman ialah agar semua pihak dapat berhenti daripada terus menyebar khabar angin itu sama ada dalam media cetak, elektronik mahupun di media sosial serta tidak perlu lagi mengaitkan Bangladesh dalam isu domestik Malaysia.

Sebelum PRU-13 lalu, Penasihat PKR, Anwar Ibrahim mendakwa kononnya lebih 40,000 pengundi hantu telah dibawa dari Bangladesh menaiki pesawat komersial untuk mengundi.

Malah, media sosial propembangkang terus menggunakan dakwaan jahat itu sehingga ramai warganegara Malaysia sendiri telah menjadi mangsa fitnah apabila dituduh sebagai pengundi hantu kerana wajah mereka memiliki mirip seperti orang Bangladesh.


Dalam pada itu, Atiqur Rahman memberitahu, pihaknya bersedia untuk menerima sebarang bukti jika ada warga Bangladesh yang menjadi pengundi hantu seperti yang didakwa Pakatan Pembangkang sebelum ini.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger