PERHIMPUNAN HARAM HANYA HELAH ANWAR UNTUK LARIKAN DIRI DARIPADA 3 PERKARA


Tujuan penganjuran siri perhimpunan haram di seluruh negara yang diketuai Anwar Ibrahim dan DAP dalam membantah perjalanan PRU-13 dan keputusan yang memihak kepada BN serta rancangan blackout bukanlah tujuan sebenar sebaliknya mempunyai 3 perkara yang cuba diselindung Anwar Ibrahim.

Laporan polis yang dibuat Anwar Ibrahim berhubung dakwat kekal itu hanyalah sebagai mengaburi mata rakyat Malaysia khususnya penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang yang sebenarnya diperbodohkan Anwar Ibrahim.

Persoalan sebelumnya, mengapa Anwar Ibrahim hanya membuat laporan polis berkenaan dakwat kekal dan tidak ke atas blackout, perjalanan PRU-13 dan segala macam fitnah dan dakwaan Pakatan Pembangkang dalam siri ucapannya? Kenapa berani berhadapan dengan rakyat sebegitu rupa tetapi tidak berani berhadapan dengan undang-undang negara?

Bagi bekas rakan karib Anwar Ibrahim, seperti biasa di kala kecewa mengalami kekalahan kerana tidak dapat menakluk Putrajaya, Anwar Ibrahim selaku ‘bapa persepsi’ sanggup mengerah tenaga dan keringat untuk memecah minda rakyat Malaysia ke atas apa sahaja yang boleh memberikan kepentingan kepadanya. Hakikatnya, Anwar Ibrahim itu mempunyai niat dan muslihat yang lain yang sememangnya untuk kepentingan sendiri.

Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling ditakutinya.

Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau,

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan memastikan ketiga-tiga perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara.

"Anwar sememangnya cenderung untuk melakukan pelbagai tindakan terdesak bagi memastikan 'pekung' di dadanya tersisip rapi dalam bajunya kerana beliau tahu ketiga-tiga perkara itu akan menyebabkan karier politiknya boleh terkubur.

"Jadi, dalam tindakan terdesak terbaharunya ini, beliau mengheret penyokongnya untuk turun ke jalan supaya perhatian rakyat teralih daripada isu sebenar yang menyelubungi Anwar.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, politik yang dibawa Anwar bukan berlandaskan menyelesaikan masalah rakyat atau negara tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu peribadinya sahaja.

Bukti paling jelas, katanya, ialah pendedahan sahabat karib Anwar iaitu bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memberitahu Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong dan mengkhianati janji kerana mahu menjadi Perdana Menteri.

"Setiap rakyat yang waras seharusnya sudah nampak jelas jenis pemimpin apa Anwar ini, iaitu jenis pemimpin yang mempergunakan rakyat bagi menyelesaikan masalah peribadinya bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingan peribadinya untuk rakyat.

"Negara ini sudah terlalu lama menjadi mangsa pemimpin songsang ini dan memang sampai masanya untuk riwayat politik songsang Anwar ditamatkan demi kepentingan rakyat dan negara," tegasnya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, secara lazimnya Penasihat PKR itu akan bersungguh-sungguh mencipta suatu peristiwa besar bagi melindungi kegelisahannya maka sebab itu perhimpunan haram digerakkan.

"Anwar telah menggerakkan segala jentera PKR untuk menjayakan perhimpunan haram, biarpun gagal mendapat sokongan penuh daripada pemimpin tertinggi Pas dan DAP. Ternyata perhimpunan tersebut adalah agenda peribadi beliau, tetapi menipu penyokong pembangkang dan rakyat Malaysia kononnya untuk menyelamatkan negara,'' ujarnya.


Sumber: Utusan Malaysia
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger