PENGANJUR HIMPUNAN BLACKOUT 505 CUBA CETUSKAN PROVAKSI KE ATAS PASUKAN KESELAMATAN


DBKL tidak membenarkan. Polis juga tidak membenarkan. Biarpun DBKL dan Polis tidak membenarkan Perhimpunan Blackout 505 yang dicadangkan diadakan di Padang Merbuk, Kuala Lumpur, penganjurnya (Pakatan Pembangkang) tetap mahu perhimpunan haram itu dilangsungkan walau dengan apa cara sekalipun.

Tarikh 22 Jun 2013 ialah tarikh yang kedua selepas sebelum ini cadangan untuk mengadakan Perhimpunan Blackout 505 pada 15 Jun terpaksa ditunda akibat masalah kebenaran daripada DBKL.

Dan semalam, polis telah mendapat maklumat bahawa penganjur (Pakatan Pembangkang) mahu mereka yang terlibat (orang ramai) supaya mewujudkan provokasi ke atas pihak berkuasa.

Kewujudan provokasi itu terpulang kepada peserta perhimpunan sama ada menggunakan kekerasan atau apa saja yang boleh membuatkan pasukan keselamatan hilang sabar seperti yang pernah mereka lakukan semasa Perhimpunan Haram BERSIH sebelum itu.

Untuk menguatkan lagi dakwaan, disertakan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur berhubung maklumat yang diterima akan tindakan yang akan dilakukan oleh peserta Himpunan Blackout 505 pada hari ini.



Polis Kuala Lumpur telah mendapat maklumat bahawa pihak penganjur telah mengarahkan semua peserta perhimpunan mewujudkan provokasi terhadap pihak berkuasa yang ditugaskan bagi mengurus kawalan orang ramai di Padang Merbok dan tujuh lokasi lain di Kuala Lumpur pada 22 Jun 2013.

Provokasi tersebut bertujuan untuk menimbulkan kemarahan pihak polis kepada peserta-peserta perhimpunan yang boleh mencetuskan kekecohan di tempat-tempat tersebut.

Penganjur juga dijangka akan mencetuskan keadaan huru-hara di sekitar Kuala Lumpur dan suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelosok dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.

Justeru, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dengan orang ramai.

Datuk Mohmad Salleh

Ketua Polis Kuala Lumpur

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger