MAHUKAH MARUAH KAUM PENAN ‘DIBELI’ DENGAN WANG RINGGIT?


Kecoh satu Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah apabila Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang menyalurkan bantuan kepada masyarakat kaum Penan yang tinggal di kawasan Murum. Bantuan itu dikatakan bagi meringankan kesengsaraan penduduk Penan yang tergadai akibat pembinaan Empangan Murum.

Persoalannya, siapakah yang menerima bagi pihak kaum Penan kawasan Empangan Murum dan ke manakah perginya wang itu nanti? Juga, apakah muslihat Kerajaan Selangor memberikan bantuan itu sedangkan ramai lagi rakyat Selangor memerlukan bantuan kewangan khususnya mereka yang berada di bawah tahap kemiskinan?

Pemberian wang yang berjumlah RM50,000 itu tidak memberikan apa-apa kesan kepada penduduk Penan kerana ia dikatakan tidak mewakili keseluruhan penduduk Penan di Murum. Ada juga masyarakat kaum Penan sendiri terkejut dengan pemberian wang itu yang disifatkan sebagai cubaan untuk menjual maruah kaum Penan.

Apakah masyarakat kaum Penan kawasan Murum yang terlibat dan diberikan sumbangan kewangan berjumlah RM50,000 itu diwakili oleh 5 orang wanita yang dalam lingkungan umur 20 hingga 35 tahun?

Malah, berita penyaluran bantuan kewangan itu yang diberi secara one-off itu bersifat politik. Ini kerana mereka (kaum Penan) yang dibawa ke Kuala Lumpur dan Selangor itu telah ditaja oleh Pakatan Pembangkang yang mana kebanyakan mereka ini masih mentah dan dikatakan tidak mewakili kaum Penan di Murum secara keseluruhannya.

Secara asasnya penyaluran kewangan yang diberikan Kerajaan Selangor itu sedikit pun tidak mempengaruhi hati dan sokongan kaum Penan ke atas Kerajaan Sarawak di bawah BN. Selama ini Kerajaan Negeri Sarawak tidak pernah mahupun mengabaikan keperluan dan kebajikan kaum Penan terutama di kawasan pembinaan Empangan Murum seperti yang didakwa Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut blogger matakkayau.blogspot.com yang juga seorang Penan menafikan dakwaan Kerajaan Selangor itu sebaliknya keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam kebajikan kaum Penan sangat baik dan terjaga.


Sebagai bukti bagi menangkis dakwaan Kerajaan Negeri Selangor itu disertakan gambar yang menunjukkan penempatan semula masyarakat Kaum Penan yang terlibat dengan pembinaan Empangan Murum.

Projek penempatan tersebut hampir siap sebanyak 90 peratus dan akan diserahkan kepada penduduk-penduduk kaum Penan yang terlibat. Ini secara jelas bahawa keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam menjaga kebajikan kaum Penan sangat dititikberatkan.

Lebih menguntungkan kaum Penan, penempatan baru mereka ini yang disediakan Kerajaan Negeri Sarawak itu adalah percuma. Penduduk kaum Penan tidak perlu membayar satu sen pun manakala penggunaan bil bulanan elektrik yang dibawah RM40 adalah percuma dan tidak perlu dibayar. Mereka ini juga disediakan air bersih terawat bagi keperluan penduduk.


Penerangan ini pastinya mengundang 1001 macam kesangsian bagi Kerajaan Selangor yang selama ini menunding jari kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Tapi tidak sesekali bagi Pakatan Pembangkang Sarawak yang pastinya akan terus mempolitikan isu kebajikan dan kepentingan kaum Penan di Sarawak seperti mana yang pernah disuarakan mereka menerusi NGO Bruno Monster.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger