KERUSI DUN KUALA BESUT: PAS DAN PKR BIKIN DRAMA KALUT


Belum pun 7 hari Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar dari BN meninggal dunia, 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru, kem PAS dan PKR sudah mula ‘berperang’ bagi berebut calon yang sesuai untuk diletakkan Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil yang akan ditentukan SPR dalam masa terdekat.

Dalam PRU-13 Mei lepas, penyandang Dr Abdul Rahman telah menewaskan calon PAS bagi memenangi kerusi DUN Kuala Besut.

Atas sebab itu juga PAS berkeras akan meletakkan calon mereka di DUN Kuala Besut biarpun terpaksa berperang mulut dengan PKR yang dikatakan berminat untuk meletakkan calon mereka.

PKR menganggap inilah masa yang sesuai bagi mereka meletakkan calon PKR selepas calon PAS sebelum ini kalah kepada calon BN yang diwakili UMNO.

Bagi menangkis dakwaan PKR, Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sebenarnya isu PKR mahu meletakkan calonnya bertanding di kerusi itu tidak sepatutnya timbul. PKR sebaliknya PKR Terengganu “tidak faham” apabila mengeluarkan kenyataan untuk mengetengahkan calon daripada parti itu pada PRK di DUN Kuala Besut.

Lazimnya ujar Mustafa, kerusi yang berlaku kekosongan perlu diserahkan kepada parti yang bertanding di kerusi itu pada PRU.

“Kita lihat dia tak serius dalam memberi kenyataan tersebut. Sebenarnya soal itu tidak berbangkit, isu nak meletakkan calon tersebut.

“Dia (PKR Terengganu) tak faham tentang kerusi tersebut,” kata Mustafa lagi.

Kelmarin, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon PAS, Napisah Ismail.

“Saya yakin PAS akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik PAS beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam berkata, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

July 1, 2013 at 12:28 AM

ini drama memang kuat menarik punya, nanti dia bikin wayang satu kali lagi untuk salahkan umno/bn.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger