HANYA KERANA DATANG DENGAR TAKLIMAT DEWAN RAKYAT ER TECK HWA DISABITKAN MELANGGAR DISIPLIN


Tidak sampai 24 jam, Setiausaha Publisiti, Anthony Loke Siew menegaskan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa kerana melanggar disiplin parti ekoran hadir ke taklimat Parlimen yang diboikot Pakatan Pembangkang.

DAP akan memanggil Teck Hwa untuk memberi keterangan berhubungan kehadirannya pada taklimat tersebut.

"Kita akan paggil dia secepat mungkin, dalam tempoh dua tiga hari ini.

"Dia telah langgar disiplin, kita akan rujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti," tegas Fook.

Sebelum ini, pembangkang menegaskan mereka mahu boikot sesi Parlimen ke-13 hari ini, selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antaranya, mereka mendesak supaya pengerusi dan timbalan pengerui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana didakwa bersekongkol dalam penipuan PRU13.

Bagaimanapun, pagi tadi, Teck Hwa telah menghadirkan diri pada taklimat tersebut dengan alasan beliau mahu mendengar syarat-syarat yang akan digunapakai pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Teck Hwa juga menegaskan, kehadirannya kerana merasakan sesi hari ini adalah penting.


Inilah wajah sebenar DAP yang hanya mengutamakan kepentingan politik berbanding kepentingan dan kebajikan rakyat di kawasan mereka untuk dibawa dan dibahaskan di Dewan Rakyat.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
June 12, 2013 at 1:16 PM

Ini cina Dap yg betoi2 nak buat kerja..yg lain cuma nak buat kacau! Pengundi PR tertipu lagi!!

Anonymous
June 12, 2013 at 5:43 PM

Kepimpinan SPR tidak akan letak jawatan.Maka diharap supaya Dapigs,Pkr dan Pas terus memboikot persidangan Parlimen sehingga lebih tempoh 60 hari.Kalaulah mereka berani.Tempoh 60 hari adalah jangka masa dibenarkan "tak payah hadir bersidang bagi MP" dan tidak dikena sbg hukuman berat.Lepas tempoh secara automatik gugurlah gelaran MP mereka.Tak jadi MP.Kekosongan membawa kpd pemilihan baharu.Harap Pakatan terus boikot jika berani.

Anonymous
June 13, 2013 at 4:03 PM

pembetulan...bukan 60 hari tetapi 6 bulan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger