HANNAH YEOH YAKIN TIDAK AKAN DIBULI ADUN BN DI SIDANG DUN SELANGOR


Perlantikan Hannah Yeoh Tseow Suan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor bukan sahaja mencipta sejarah sebagai Speaker DUN termuda dan wanita di Malaysia bahkan menganggap dirinya tidak akan menjadi ‘mangsa’ buli ADUN BN. Ini disebabkan bekas ADUN-ADUN BN yang sebelum ini dilihat garang dan bijak tidak terpilih sebagai ADUN apabila kalah dan tidak dicalonkan dalam PRU-13 lepas.

Menurut Hannah, dari segi jumlah ADUN BN yang berkurangan selain ramai senior daripada parti itu yang kalah serta tidak bertanding, Hannah yakin kejadian ‘membuli’ Speaker dalam Sidang DUN Selangor tidak mungkin berlaku.

Ini juga disebabkan tiada kejadian ‘membuli’ Speaker berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun, Hannah masih menunggu siapakah calon pembangkang yang akan memimpin ADUN BN dalam Sidang DUN Selangor nanti. Ini kerana Ketua Pembangkang itu nanti akan mencorakkan perjalanan dan pandangan keseluruhan ADUN BN yang pasti membangkitkan ‘kemarahan’ ADUN-ADUN daripada kerajaan Selangor.

Seperti juga dirinya sebagai Speaker DUN Selangor yang baru memegang jawatan itu, ada di kalangan ADUN-ADUN baru yang perlu menyesuaikan diri dengan Sidang DUN dan perlu melalui serta mempelajari banyak proses terutama bagaimana hendak bertanya soalan.

Kepada ADUN-ADUN Selangor baik Pakatan mahupun BN perlu menyesuaikan diri dalam sidang DUN Selangor akan datang dan ingat pesanan Speaker DUN Selangor jadikan DUN sebagai medan untuk mengutarakan masalah rakyat dan bukannya sebagai kandang kambing yang menyalak dengan perkara yang bukan-bukan dan tidak relevan dengan rakyat. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger