GILIRAN ZURAIDA PERSOALKAN KEWIBAWAAN KHALID IBRAHIM DALAM MENTADBIR SELANGOR


Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang mendakwa karenah birokrasi Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Menteri Besar Khalid Ibrahim menyebabkan urusan penyaluran dana dalam penyelesaian masalah rakyat terbantut.

Menurutnya, beberapa masalah rakyat yang dikenal pasti terbengkalai lantaran kelewatan maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri.

“Kami berharap masalah rakyat yang dikenal pasti terbengkalai lantaran kelewatan maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri.

“Polisi dan dasar yang digubal oleh Kerajaan Negeri dapat meningkatkan komunikasi untuk mendapatkan maklum balas dengan ahli Parlimen dan ADUN juga Ahli Majlis.

Antara masalah tersebut adalah isu air, kekerapan dan kapasiti pengutipan sampah, pembersihan kawasan awam dan longkang, jalan berlubang serta masalah lampu jalan.

Selain itu, Zuraida turut meminta Kerajaan Negeri menyemak kembali dana terkumpul berjumlah RM2.6 billion dan menyalurkan dana tersebut dengan lebih teliti.

Nampaknya pemimpin PKR kini tidak seperti dahulu yang bijak menolong dan membantu rakan-rakan mereka yang dalam menghadapi kesukaran akibat tekanan daripada UMNO dan BN. Sebaliknya, mereka sesama sendiri mula hilang kepercayaan dan mewujudkan perasaan tidak puas hati hingga boleh menyebabkan parti mereka seperti PKR akan musnah.


Rakyat pastinya akan berasa tertipu dengan undi yang mereka berikan kepada pemimpin atau calon Pakatan Pembangkang dalam PRU-13. Permainan politik yang keterlaluan menyukarkan rakyat untuk kembali menerima Pakatan Pembangkang yang hanya tahu membuang masa dengan isu remeh-temeh. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
June 13, 2013 at 11:34 PM

Tinggalkan je PKR Zuraidah!

Anonymous
June 14, 2013 at 8:05 AM

Ramai Orang bijakpandai dah lama tinggalkan PKR...yg tinggal kini hanya yg bebal bebal dan bodo sombong!~

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger