DONG ZONG JANGAN MELAMPAU DAN DISERU ‘DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG’


Benarkah hanya Malaysia sahaja yang masih mengekalkan identiti keCinaan berbanding keturunan Cina lain di beberapa negara lain di dunia?

Menurut Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong, hanya Malaysia sahaja yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai 'Cina' berbanding di beberapa buah negara di dunia.

Justeru, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu sedar akan perkara ini dan jangan meminta perkara yang bukan-bukan.

Sehubungan itu, mahu pertubuhan itu berhenti membuat tuntutan melampau sebaliknya menggunakan pendekatan mengambil kira resam 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'.

Menurut beliau, realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan orang Melayu merupakan pemilik kuasa dominan perlu diakui semua pihak termasuk masyarakat Cina.

Sehubungan itu, tambahnya, pelantikan menteri tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibangkitkan Dong Zong baru-baru ini bukan isu besar.

"Perkara ini melampau sedangkan orang Cina yang tidak fasih bahasa Melayu langsung tidak diungkit. Orang Cina pun tidak pernah baiki keadaan ini. Ini sesuatu yang tidak baik, saya kira sudah waktunya perkara ini dibincangkan betul-betul sebab saya kira apa matlamat orang Cina hidup di Malaysia ini.

"Kalau pergi Indonesia, orang Cina kena tukar nama dan sekolah Cina tidak ada, Thailand pun sama. Di Malaysia kita boleh jadi orang Cina, pergi ke sekolah Cina dan merayakan apa-apa sahaja perayaan.


Oleh itu, pemimpin Cina di Malaysia jangan keterlaluan dan ingat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger