ADUN PAKATAN PEMBANGKANG SARAWAK HANYA SUMBANGKAN RM2,500 KEPADA MANGSA TRAGEDI BOT EKSPRESS KARAM


Pakatan Pembangkang Sarawak mempunyai 16 orang ADUN yang mana terdiri daripada DAP, PKR dan SWP. Dalam hari persidangan DUN Sarawak, atas inisiatif ADUN BNBBC dalam mengadakan derma kilat di kalangan ADUN-ADUN yang bersidang di DUN Sarawak.

Dengan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM80,000 yang berjaya dipungut hanya RM2,500 sahaja yang berjaya disumbangkan ADUN-ADUN Pakatan Pembangkang. Walaupun hanya menyumbangkan nilai yang tidak seberapa itu, Pakatan Pembangkang menerusi ‘bos’ besar mereka Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mempolitikkan tragedi bot ekspress karam di Belaga.

BNBBC mengumpul sumbangan RM24,000, Menteri dan Menteri Muda (RM46,500), Setiausaha-setiausaha Politik (RM5,000), DAP (RM2,500) dan ADUN Pelagus George Lagong (RM200).

Lim Kit Siang dalam blognya blog.limkitsiang.com pada 29 Mei 2013 antara lain berkata tragedi itu merupakan bukti tragis kegagalan 50 tahun pembangunan di Sarawak yang masih tidak mempunyai akses jalan raya ke kawasan pedalaman.

Bagi Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusuf menyifatkan kenyataan Lim Kit Siang itu sebagai gila kuasa.

“Itulah masalahnya jika orang yang gila kuasa, maka semua perkara akan dipolitikkan.

“Kemalangan boleh berlaku di mana-mana, adakah kemalangan jalan raya di Pulau Pinang menggambarkan kegagalan kerajaan Pulau Pinang juga?”

Susulan insiden bot ekspres Kawan Mas itu, banyak pihak menyarankan agar kerajaan mempercepatkan proses pembinaan jalan raya menghubungkan Kapit dan Belaga.

Justeru, Fadillah yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata beliau yakin kerajaan negeri sudah mempunyai rancangan ke arah pelaksanaannya.

“Ini perlu dibincangkan dengan kerajaan negeri dan saya yakin sudah pasti kerajaan negeri ada perancangan untuk ditelitikan secara bersama dengan kerajaan pusat,” ujarnya.


Itulah gaya pemimpin Pakatan Pembangkang yang banyak mengkritik dan mempolitikkan isu semasa biarpun ia membabitkan nyawa rakyat. Pandai bercakap tapi kawan-kawan Pakatan Pembangkang hanya sumbangkan nilai yang tidak sepatutnya mereka sumbangkan..
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 2, 2013 at 2:31 PM

duit memang tak banyak drg ni sumbang. paling banyak drg ni sumbang "batu api" kepada mangsa2 tu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger