UNDI KAUM CINA PENYEBAB BN HILANG BEBERAPA KERUSI PARLIMEN



Bahang PRU-13 telah reda dengan menyaksikan kemenangan mutlak kepada BN biarpun ‘Tsunami Cina’ dikatakan telah menggugat kemenangan majoriti BN. Pada mulanya BN dijangka menang selesa berikutan sokongan padu yang ditunjukkan rakyat Malaysia sepanjang transformasi yang dilaksanakan Najib Razak. Namun semuanya berakhir apabila Pengerusi DAP, Lim Kit Siang melancarkan ‘peperangan kaum’ dalam setiap ucapannya di seluruh Malaysia termasuk dalam kempennya di beberapa kawasan Parlimen di Sarawak.

Sikap kecinaan yang cuba dimainkan DAP dan beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang dalam PKR akhirnya telah menghancurkan perpaduan kaum Melayu yang selama ini teguh di belakang BN. Hakikatnya, ramai masyarakat Cina tertipu dengan dakyah DAP dan Pakatan Pembangkang biarpun ia dihalalkan Anwar Ibrahim dan PKR serta PAS.

Bagi Perdana Menteri dan BN sendiri, sekarang ini fokus utama ialah untuk membawa Malaysia maju menjelang tahun 2020 tanpa menoleh kebelakang dengan perilaku Pakatan Pembangkang yang sememangnya tidak mahu Malaysia aman. Biarpun masyarakat Cina menolak BN namun sebagai pemerintah pastinya agenda penyatuan bangsa Malaysia menjadi agenda utama BN dalam memastikan tiada berlakunya kejadian 13 Mei berulang. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 9, 2013 at 2:06 AM

Inilah rahmat Allah. Sekarang kita sudah tahu apa ada dlm hati mereka sebenarnya.
Lepas ni apa mereka minta, kita buat pekak sebab kita dah tahu walau mereka "full swing" pun, kita tak akan tumbang melainkan dgn pertolongan Melayu juga.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger