RAKYAT MALAYSIA BALIK MENGUNDI DIKATAKAN SEBAGAI WARGA ASING!



Pakatan Pembangkang kini terdesak untuk mencapai kemenangan PRU-13 dengan hari kempen memasuki hari terakhir. Pada hari-hari terakhir, Pakatan Pembangkang akan lakukan apa sahaja termasuk membuat perkara yang tidak difikirkan termasuklah melakukan perkara yang melangkaui batasan.

Untuk membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah memanipulasikan keadaan apabila mengatakan ramai di kalangan mereka yang berkumpul di beberapa lapangan terbang sejak semalam dan hari ini sebagai warga asing yang dijemput BN untuk mengundi. Tohmahan ini sangat keterlaluan akibat desakan untuk menang.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang hendak pulang mengundi yang dijadualkan esok hari, 5 Mei 2013, kenyataan Anwar Ibrahim itu disifatkan sebagai bodoh! Jangan ingat rakyat Malaysia bodoh dengan cuba memanipulasikan keadaan yang sememangnya kini tidak disukai Pakatan Pembangkang.

Rakyat sedar bahawa hanya BN sahaja yang mampu membawa perubahan tranformasi kepada rakyat dan negara dan bukannya reformasi yang sinonim dengan perhimpunan ganas.

Dengan pengundi balik kampung ini akan merealisasikan doa dan harapan rakyat untuk melihat BN terus memerintah dan DAP, PKR dan PAS terus menjadi Pakatan Pembangkang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger