PENYOKONG PEMBANGKANG EKSPLOITASIKAN KENAIKAN ELAUN MENTERI SARAWAK



DUN Sarawak telah meluluskan Rang Undang-undang (Imbuhan, Pencen dan Gratuiti) Ahli-ahli Pentadbiran dan Ahli-ahli DUN 2013 yang menyaksikan kenaikan 200 peratus imbuhan, pencen dan gratuiti.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dan disokong oleh Menteri Perumahan merangkap Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Kali terakhir imbuhan meliputi gaji dan elaun tetap, pencen serta gratuiti ahli-ahli pentadbiran dan wakil rakyat disemak semula adalah pada 1992.

ADUN iaitu wakil rakyat akan menikmati elaun tetap berjumlah RM15,000 berbanding hanya RM4,500 sebulan. Manakala Menteri Muda akan menerima gaji baharu iaitu RM21,000 berbanding RM7,000 sebelum ini, Menteri pula RM27,000 (RM9,000 sebelum ini), Menteri Kanan RM30,000 (RM9,000 sebelum ini).

Pindaan rang undang-undang ini juga akan menyaksikan kenaikan gaji Timbalan Ketua Menteri kepada RM35,000 daripada RM11,500 sebelum ini dan gaji Ketua Menteri RM39,000 berbanding RM13,000 kali terakhir semakan semula dilakukan 21 tahun lalu.

Turut menikmati kenaikan elaun tetap ialah Setiausaha Politik iaitu daripada RM3,000 kepada RM9,000 begitu juga Speaker akan menerima gaji RM30,000 manakala Timbalan Speaker RM21,000.

Kenaikan ketara itu dilakukan selepas mengambil kira kenaikan kos sara hidup yang menyebabkan kadar inflasi secara purata tiga peratus setahun serta mengambil kira harapan tinggi rakyat, kawasan Sarawak yang sangat luas, seluas Semenanjung Malaysia.

Ramai ADUN mempunyai kawasan pentadbiran sangat luas terutama yang berkhidmat di luar bandar, mereka terpaksa menggunakan pengangkutan darat, air malah udara dengan kadar bayaran atau sewa tinggi untuk ke kawasan bertemu rakyat.

Seperti biasa, penyokong Pakatan Pembangkang membandingkan kekayaan yang dimiliki Ketua Menteri Sarawak dengan kenaikan gaji baharu yang berjumlah RM39,000 yang mana lebih tinggi dari gaji Perdana Menteri.

Ini semua berpunca daripada video Global Witness yang dihasilkan Pakatan Pembangkang dalam mencemarkan nama Ketua Menteri Sarawak dalam PRU-13 sebelum ini.
Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
May 23, 2013 at 1:07 AM

Aku setuju dan patut lebih tinggi dari co ceo. Ini jaga negeri beb. Kabinet negeri lai. And malaysia shud follow. Tak kan mat sabu kat air penang lgi tinggi kut. Adviser kat selangor pun elaun and gaji lumayan beb. Tapi pr kan expected apa pun dia akan politikkan dah dasar cina dap laknat macam tu la.

Anonymous
May 23, 2013 at 1:56 AM

saya setuju, tapi mesti buat kerja.

Anonymous
May 23, 2013 at 5:41 AM

hulurkan juga kepada kawasan! terutama fakir! jgn tv dedahkan baru sibuk macam beruk nak tolong! apapun gaji minima dah dilaksana! kakitangan awam dpt lebih. yg dlm GLC bila lagi!

Anonymous
May 23, 2013 at 7:28 AM

Okla tu... Project manager di oil n gas company (international company) di kl ni pun gaji rm50k. Janji orang kita... Cuba pertikaikan harga barang naik yang cina da lama control... Pampers, pencuci baju...manipulasi harga yg dimainkan cthnya berat 2 lit , 1.5 lit kadang2 mengelirukan ingat murah rupanya berat kandungan berbeza. Susu anak2 naik sampai rm3. Mereka naikkan senang2 sbb mereka pemborong... Tapi gula pasir yang 1kg sebulan tak habis makan mereka jaja kerajaan naikkan harga.

Anonymous
May 23, 2013 at 10:06 AM

Setuju sangat jika gaji/elaun Perdana Menteri dan ahli2 kabinet turut dinaikkan.

PM kita hanya dpt RM22,826 sebulan.(PM Spura dapat RM5.27 juta setahun iaitu RM439,000 sebulan.Banyak tu.Tak hairanlah org Spore memperlekehkan Malaysia.)

Apa kata PM diberi gaji RM250-300,000 sebulan?Berbaloi.

Anonymous
May 24, 2013 at 11:36 PM

hapuskan juga kiraan angka paling hampir dalam harga semua barang! celaka peniaga yg meletakan harga RM 1.99.! yg sebetulnya RM2.00! silap mata! untung satu sen utk satu barang! ingat kes pegawai bank lesapkan 1sen dari akaun pelanggan boleh kayaraya! kita di rompak secara terang! mati hidup balik peniaga ini tak akan letak harga RM1.44 Dimana angka paling dekat RM1.40! menteri kpdnkk baru tolong lihat yg ini!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger