BELUM PERINTAH SUDAH MAHU PINDA PERLEMBANGAAN – KARPAL SINGH



Cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Dewan Negara dimansuhkan merupakan penghinaan kepada fungsi institusi itu yang telah wujud selama lebih 50 tahun.

Tindakan Karpal mempersoal dan mempolitikkan peranan Dewan Negara jelas cuba menafikan kuasa Perlembagaan negara. Dan, ini tidak mustahil jika keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan juga akan dipinda.

Ini bukan kali pertama Karpal Singh mahu memansuhkan Dewan Negara, sebaliknya sudah diketahui sejak dahulu lagi. Sewajarnya tindakan tegas wajar dikenakan ke atas Pengerusi DAP itu atas keceluparannya yang ternyata mahu menyebabkan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera terjejas.

Harus diingat, peranan Dewan Negara yang selama lebih 50 tahun mewakili rakyat termasuk ahli DAP sendiri menyuarakan pelbagai permasalahan.

Pada 18 Mei lalu, Karpal mencadangkan Dewan Negara dimansuhkan kerana beliau berpendapat kewujudan institusi itu tidak memberi makna secara menyeluruh dan hanya membazir.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kaedah seperti yang diamalkan Singapura iaitu kewujudan ruang perundangan tunggal sesuai diamalkan di negara ini untuk kepentingan awam.

Sehubungan itu, seluruh rakyat Malaysia digesa mempertahankan Perlembagaan negara bagi mengelak cita-cita DAP tersebut menjadi kenyataan yang mana boleh menyebabkan kepentingan rakyat Malaysia terjejas.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
May 23, 2013 at 6:07 PM

Sebelum meka memerintah , semenara Bn ada kuasa buat apa yg patut, ikut singapore negara yg meka puja, Pesalah gari ikut Barat, Kaki tangan berantai, meka tak boleh kata apa..Kamimbenci cara pak,lah fan Najib telalu ambil hati, Polis y ramaimdi selangor, penang dan kelantan elok pindah ke negeri Bn..Rakyat cina masih tak caya pada Polis katanya kuat kautim, kangtau..kaum meka, Polisdi negeri BN terutama. Di sabah dan sarawk cukupmterseksa dgn alai, pejbat, rumah yg teruk, Ada yg tak ada rmah sewa ca barek utk tunggal, Bukan semua tempat ada rumah sewa, pendudk buat rumah dan tinggal , bukan buat rumah sewakan sebab tua rumah keja dimtempat lain si sabah dan swk taidak mcm itu, Melawat la d bala balai luar terutaam di sempafan indonesia, Jgn melawat ikut jadual , seba lawatan berjadual atau d rancangka aka nampak elak pada hal lepas lawatan keadaan nampak seperti adal, Guru pun sama , patutlah guru berubah ke pakatan. Kja pun semakin teruk berubah berubah pembelajaran ..dari tahun ke tahun..Lantaklah BN, Najib masih syok sendiri, Rakyat da meluat, Penjawat awam termasuk yg berunifom baca blog pakatan, F. Pro pakan, sebab Blog B. dan pro Bn lembab, lesu, x ada idea, Doa agar dapat PM yg tegas , Pakatan tak ada Rekod kad tp Undi meka dapat byk, Jenayah kian membimbangkan, kami pulang cuti mak bapa kata skg byk pencuri,pantang lepa tangga pun hilang, kasut pun hilang..KPI dan nkra menyatakan sebaliknya..

Anonymous
May 23, 2013 at 9:06 PM

KOKS = Kick Out Kapal Sink

Shame On You, Mr Singh

Anonymous
May 25, 2013 at 1:10 PM

Dewan Negara tidak bermakna bagi Karpal kerana PM bukan dr parti DAP.Selain drp kuasa2 kerajaan negeri yg berkuasa memilih ahli Dewan Negara,PM juga ada prerogative memilih senator.Itu sebabnya Karpal marah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger