ANWAR MENIPU LAGI DAN MEMPERBODOHKAN RAKYAT MALAYSIA



Sebelum PRU-13, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang membayangkan akan mengundur diri daripada pentas politik Malaysia dan akan kembali mengajar jika Pakatan Pembangkang ‘KALAH’ dalam PRU-13.

Malah, dengan nada bersahaja Anwar akan memberikan kuasa dan jawatan yang disandangnya itu sebagai Ketua Pembangkang kepada pemimpin muda dengan membayangkan Rafizi Ramli sebagai penggantinya jika beliau mengambil keputusan bersara. Namun, itu semuanya hanya janji-janji PALSU Anwar yang kini dilihat semakin tertekan dengan cita-citanya menuju Putrajaya.

Melihat kekalahan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 dan peningkatan undi Cina yang diterima Pakatan Pembangkang khususnya DAP, Anwar mengambil kesempatan dengan memuji kaum Cina yang menyokong Pakatan Pembangkang dan menemplak pengundi Melayu dan Bumiputera kerana tidak mengundi Pakatan Pembangkang.

Sentimen kecinaan terus dimainkan Anwar di Stadium Kelana Jaya apabila 80 peratus daripada yang hadir terdiri daripada masyarakat Cina manakala 10 peratus lagi masing-masingnya orang Melayu dan India. Jelas bahawa kaum Cina di Malaysia kini sudah termakan dengan ideologi Cina untuk Cina yang diketengahkan DAP dan Lim Kit Siang.

Dengan ketidakjadian Anwar Ibrahim bersara daripada politik, jelas menggambar bahawa Anwar dan Pakatan Pembangkang kini sedang merancang untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat menerusi Arab Spring. Ini tidak mustahil apabila mendengar ucapan Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang di Stadium Kelana Jaya yang berupa hasutan kepada rakyat hingga boleh menimbulkan huru-hara.

Kita mengharapkan agar pasukan polis boleh bertindak segera sebelum kekacauan Arab Spring yang diinginkan Pakatan Pembangkang.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
May 10, 2013 at 10:20 PM

Maaf admin...bukan rakyat Malaysia..tapi Rakyat Pakatan saja yg diperbodohkan...

Anonymous
May 10, 2013 at 10:21 PM

Anwar Ibrahim cakap APA pun penyokong percaya..walau berapa kali kena pun mereka masih dewakan dia. Kalau Anwar Ibrahim kencingkan muka mereka pun, percayalah mereka akan tadah air kencing tu..

Anonymous
May 11, 2013 at 12:49 AM

Kesian la kat depa....depa tak tau apaapa....hangpa yang tau pun habaq pi la kat depa, bagi depa tau....Kerusi DAP yang bertanding PRU13 adalah tidak sah...dan akan ada re-election...itulah pasai China DAP dan Anwar dok gelabah la ni.....puakpuak tu sokong saja

Anonymous
May 12, 2013 at 7:56 AM

setuju 100%

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger