SUASANA AMAN MENYELUBUNGI SARAWAK SEBELUM HARI PENAMAAN CALON



Berbeza dengan suasana politik di Semenanjung Malaysia, Sarawak masih lagi dalam keadaan terkawal biarpun Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang datang ‘melawat’ sambil berkempen di Sarawak biarpun tujuan sebenar mereka hanya untuk mengumumkan calon PKR dan PAS. Hanya Pengerusi DAP sahaja belum datang ke Sarawak bagi mengumumkan calon mereka biarpun harapan mereka cerah untuk merampas beberapa kerusi di majoriti pengundi Cina.

Perang poster masih belum kelihatan biarpun Dewan Rakyat sudahpun dibubarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. Tidak seperti di Semenanjung, di Sarawak masih lagi aman dan setiap bahan kempen seperti poster diletakkan tanpa kebenaran.

Setiap parti politik yang bertanding hanya dibenarkan menaikkan bahan kempen PRU-13 bermula sewaktu penamaan calon hinggalah di hari pengundian. Jika mana-mana parti politik ingkar akan arahan ini, pihak berkuasa tempatan tidak teragak-agak menurunkan bahan kempen sekiranya ia didapati digantung sebelum hari penamaan calon pada 20 April ini.

Sehingga kini, parti BN telah mematuhi arahan tersebut berbanding parti Pakatan Pembangkang yang secara jelas telah mencabar kewibaan pihak berkuasa tempatan. Sebaik sahaja selepas ceramah Anwar Ibrahim di Bandar Baru Samariang, penganjurnya PKR Sarawak masih belum lagi menurunkan bendera PKR yang digantung di atas pokok. Sebaliknya, penganjur hanya membiarkan bendera PKR itu terus berkibar biarpun pada asasnya perbuatan itu salah.

Bagi parti yang bertanding diingatkan supaya struktur penggantungan bahan kempen kukuh, bahan kempen tidak menghalang lalu lintas dan tidak boleh menggantung bahan kempen di kawasan bangunan kerajaan.

Dalam laporan baru-baru ini, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak Datu Takun Sunggah menegaskan tindakan menggantung bendera parti di tempat awam adalah menyalahi undang-undang dan pihak berkuasa tempatan boleh men­gambil tindakan ke atas perkara itu.

“Jika bendera parti itu digantung di tempat markas atau bilik gerakan atau di halaman rumah di kampung-kampung ia tidak menjadi satu kesalahan tetapi kalau ia digantung di tempat awam seperti di tepi jalan atau di bulatan ia adalah satu kesalahan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 17, 2013 at 1:16 AM

gBendera dajjal pkr mnyakitkan mata.. tak hormat undang2.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger