SEMAKIN DEKAT HARI MENGUNDI SEMAKIN RAMAI PENYOKONG PAKATAN PEMBANGKANG KELUAR PARTI



Dalam tempoh tidak sampai 24 jam, 2 kejadian yang melibatkan ahli Pakatan Pembangkang telah direkodkan di Parlimen Batang Sadong dan Parlimen Serian yang mana kedua-duanya dalam Bahagian Samarahan.

Di Parlimen Batang Sadong, Pengerusi PAS Ranting Kampung Lintang, Jaie, Sauni Bujang telah bertindak keluar parti dan menyertai BN. Sebagai bukti kecewanya terhadap PAS, Sauni telah menyerahkan borang keahlian PBB Cawangan Sadong kepada Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Sauni dan rakan-rakan menegaskan akan memberikan sokongan kepada calon BN dalam mempertahankan Parlimen Batang Sadong.


“Saya sudah tidak mempercayai dakyah Pakatan Pembangkang yang hanya pandai memutarbelitkan cerita,” tegas Sauni.

Di Parlimen Serian, seramai 30 orang DAP Cawangan Serian telah mengumumkan keluar parti dan menyertai BN. Kumpulan tersebut yang diketuai Mathew Laiit (Ketua Operasi DAP Serian), Tayal ak Janten (Ketua DAP Riih Mawang) dan Tegas (Ketua DAP Kampung Taee).

Penyerahan borang keahlian SUPP diserahkan kepada calon BN, Datuk Richard Riot dalam satu majlis ringkas.

Melihat kepada situasi semasa ini telah memberikan tamparan hebat kepada PAS dan DAP di kedua-dua kawasan Parlimen dan Sarawak khususnya dalam memenangi PRU-13. 
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

April 27, 2013 at 1:10 PM

Pilihan bijak.kita brhrp agr lbh ramai lg org kuat parti pmbgkang kluar dr kepompong pmbgkang dan menyertai BN wlaupun shri sblum hri mengundi.

Anonymous
April 27, 2013 at 3:53 PM

akhirnya tinggal ketua aje....macam hantu penanggal,tinggal kepala dan tali perut aje....yi ki ki...yi ki ki.

Anonymous
April 27, 2013 at 6:11 PM

hahaha.....biasalah ahli keluar parti asal ada wang yg diberi. ada ahli macam ni pun pr tak mahu cuma bn sj yg suka asal dpt lepas geram pada pr. kita tunggu pru 13 ini pasti ramai ahli umno keluar party. rakyat malaysia akan bersatu lawan rakyat bn. amin.

Anonymous
April 27, 2013 at 6:35 PM

tiada siapa lagi yg dapat di-bodohkan oleh si-kapala taik, kerana itu lah bnyk yg meninggalkan dan keluar dari PR=Pakatan Rugi dan beramai ramai masok BN.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger