SEHINGGA JAM 5.00 PETANG SEBANYAK 267 BORANG PENCALONAN TELAH DIJUAL



Sarawak yang mempunyai 31 buah Parlimen daripada 222 Parlimen di Malaysia akan menyaksikan penamaan calon terbesar dalam sejarah pilihan raya Malaysia. Sehingga jam 5 petang tadi, sebanyak 267 borang pencalonan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 telah dijual kepada pembeli.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya tidak dapat mengenal pasti parti yang akan bertanding kerana setiap pembeli merupakan orang perseorangan.

Sehingga petang tadi hasrat Pakatan Pembangkang mahu melawan Barisan Nasional dengan satu lawan satu di setiap kawasan Parlimen nampaknya tidak kesampaian apabila dilihat berlakunya lawan sengit dalam beberapa penjuru.

Selain menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara BN dan Pakatan Pembangkang turut serta dalam pertembungan itu pastinya calon Bebas dan STAR. Pakatan Pembangkang yang mengharapkan pertembungan 2 penjuru nampaknya tidak kesampaian apabila banyak Parlimen dijangka akan menyaksikan pertembungan lebih 3 penjuru.

Keadaan ini disebabkan ramai di kalangan rakyat Sarawak kini bercita-cita menjadi Yang Berhormat selain mereka yang kecewa tidak terpilih sebagai calon parti yang mereka wakili. Dijangkakan ramai pemimpin dan ahli PKR mahupun DAP juga PAS yang tidak terpilih akan menjadi calon Bebas dengan menentang calon parti mereka.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger