PRESIDEN PAS TIDAK TAHU MENAHU FASAL TWEET KHAIRUL FAHMI MAT SOM?


Kontroversi tweet Khairul Fahmi Mat Som yang dikatakan menghina Nabi Muhamad SAW tidak diambil tahu oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang biarpun seluruh Malaysia sudah mengetahuinya.
Apakah Presiden PAS itu tidak mengetahuinya atau sengaja tidak tahu juga buat-buat tidak tahu?
"Khairul Fahmi? Saya tak baca. Saya tak ada maklumat. Tak ada dalam pengetahuan saya.
Nama Khairul Fahmi mula diperkatakan rakyat Malaysia apabila secara sengaja menghantar tweet yang dikatakan menghina Nabi Muhamad SAW dengan mengaitkannya dengan UMNO.
Tweetnya berbunyi “kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun Umno akan keluarkan... jahanam Umno” yang telah ditweetnya pada 27 Mac lalu.
Khairul Fahmi merupakan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS.
Berbeza dengan Yang DiPertua PAS Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani menyifatkan kenyataan Khairul Fahmi itu sebagai tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger