PKR DAN PAS BERHADAPAN SESAMA SENDIRI DI PARLIMEN KOTA SAMARAHAN



Pada awal tahun 2013, dalam satu Ceramah PAS di Kampung Tanjong Bundong, PAS telah mengumumkan Penyelaras PAS bagi Parlimen P.197 Kota Samarahan, Abang Ahmad Kerdee sebagai calon PAS di Parlimen P.197 Kota Samarahan. Pencalonan ini telahpun dimaklumkan Pengerusi PAS Perak, Nizar Jamaluddin sewaktu mengadakan Ceramah Kebangkitan Rakyat di Kampung Tanjong Bundung pada akhir Januari lepas.

Selain PAS, PKR juga berminat untuk bertanding di Parlimen Kota Samarahan yang mengetengahkan Ramlan Rahmat, 64.

Minatnya PKR itu dibuktikan dengan kenyataan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dalam akhbar Utusan Borneo.

PKR mengesahkan akan bertanding 12 kerusi Parlimen Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pengerusi PKR Negeri Baru Bian memberitahu, kerusi-kerusi itu ialah Mambong, Kota Samarahan, Lubok Antu, Batang Lupar, Hulu Rajang, Saratok, Kanowit, Sri Aman, Julau, Selangau, Baram dan Limbang.


Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan memberitahu, setakat ini calon-calon bagi lima Parlimen iaitu Saratok, Hulu Rajang, Limbang, Batang Lupar dan Baram telah disah dan diumumkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Mereka ialah Ali Biju, 40, bagi kerusi Saratok, Abun Sui Anyit, 39 (Hulu Rajang), Abang Zulkilfi Abang Engkeh, 54 (Batang Lupar), Roland Engan, 40 (Baram) dan Baru Bian, 54 (Limbang).

“Hari ini kami memperkenalkan tujuh calon berpotensi untuk tujuh lagi kerusi Parlimen yang sudah sah PKR bertanding mereka ialah Nicholas Mujah, 25 (Sri Aman), Thomas Laja, 59 (Kanowit), Ramlan Rahmat, 64 (Kota Samarahan), Andy Wong Hong Yu (Julau), Joshua Jabeng, 63 (Selangau), Nicholas Bawing, 64 (Lubok Antu) dan Willie Mongin, 38 (Mambong),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Negeri di sini semalam.

Apakah calon PAS Abang Ahmad Kerdee akan menarik diri atau terpaksa berhadapan dengan ‘rakan’ PKR di Parlimen Kota Samarahan? Jelas bahawa PKR dan PAS tidak bersepakat dalam menentukan calon yang akan bertanding di Parlimen Kota Samarahan.

Bagi kebanyakan penduduk di Parlimen Kota Samarahan, mereka tidak kisah siapa calon PAS atau PKR kerana undi mereka hanya kepada BN yang selama ini berjuang dan berusaha memajukan Kota Samarahan sebagai sebuah bandar ilmu.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger