PEMUDA PBB SERGAH KESOMBONGAN DAP CHONG CHENG JEN KELAM KABUT DIBUATNYA



Hasrat Chong Chieng Jen untuk mengikut langkah yang pernah dibuat rakyat Pulau Pinang ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam memberikan ‘barangan’ istimewa tidak kesampaian apabila hasrat mereka itu dinafikan Pemuda PBB Sarawak.

Rombongan DAP seramai 20 orang yang diketuai Setiausaha DAP, Chong Chieng Jen telah berarak ke Wisma Bapa Malaysia sambil membawa kain rentang dan sebiji kek untuk dihadiahkan kepada Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Menurut akhbar The Star dan Sin Chew Jit Poh, rombongan DAP berarak ke Wisma Bapa Malaysia bagi memberikan kek supaya Ketua Menteri Sarawak berundur. Persoalannya, kenapa DAP beriya-iya mahukan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berundur daripada jawatan Ketua Menteri? Apakah DAP selama ini takut kepada kepimpinan Pehin Sri dalam membangunkan Sarawak?

Di dalam persidangan DUN Sarawak, pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya DAP amat takut kepada Pehin Sri sehingga menyebabkan pemimpin DAP terpaksa melakukan provokasi melampau ketika Pehin Sri menggulungkan perbahasan. Dalam pada itu, DAP juga takut akan pengalaman Pehin Sri dalam memimpin Sarawak yang sehingga kini menjadi duri dalam daging DAP.


Kehadiran Chong Chieng Jen dan rombogan ke Wisma Bapa Malaysia disambut baik penyokong BN khususnya Pemuda PBB. Akibatnya hajat DAP untuk menghadiahkan sebiji kek kepada Ketua Menteri Sarawak tidak kesampaian apabila dihalang Pemuda PBB. Tahniah kepada Pemuda PBB di atas tindakan profesional mereka dalam mengawal situasi tegang yang cuba diputuskan DAP.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 17, 2013 at 10:38 AM

DAP dah kering idea.Manifesto pun celaru.Tak berani nak jelaskan kedudukan sebenar janji Pakatan.Pakatan sebenarnya cuma berPAKAT nak ke Putra Jaya.Janji2 mereka tidak akan ditepati.Masuk akalkah jika mereka menawan PJaya nak bagi setiap pekerja gaji minima RM4000.Sudah tentu harga kopi o,roti canai,nasi lemak,mee kolok,lain2 akan terpaksa dinaikkan sebab nak menampung kos gaji RM4000.DAP mengecam pemberian BR1M,tpi nak beri duit pula di Penang.Janji nak bagi elaun kpd ibutunggal di Selangor pun hanya tinggal janji.DAP bohong.PR bohong.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger