PAKATAN PEMBANGKANG SARAWAK MASIH BERTELAGAH DALAM AGIHAN KERUSI PARLIMEN



PKR mengesahkan akan bertanding 12 kerusi Parlimen Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pengerusi PKR Negeri Baru Bian memberitahu, kerusi-kerusi itu ialah Mambong, Kota Samarahan, Lubok Antu, Batang Lupar, Hulu Rajang, Saratok, Kanowit, Sri Aman, Julau, Selangau, Baram dan Limbang.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan memberitahu, setakat ini calon-calon bagi lima Parlimen iaitu Saratok, Hulu Rajang, Limbang, Batang Lupar dan Baram telah disah dan diumumkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Mereka ialah Ali Biju, 40, bagi kerusi Saratok, Abun Sui Anyit, 39 (Hulu Rajang), Abang Zulkilfi Abang Engkeh, 54 (Batang Lupar), Roland Engan, 40 (Baram) dan Baru Bian, 54 (Limbang).

“Hari ini kami memperkenalkan tujuh calon berpotensi untuk tujuh lagi kerusi Parlimen yang sudah sah PKR bertanding mereka ialah Nicholas Mujah, 25 (Sri Aman), Thomas Laja, 59 (Kanowit), Ramlan Rahmat, 64 (Kota Samarahan), Andy Wong Hong Yu (Julau), Joshua Jabeng, 63 (Selangau), Nicholas Bawing, 64 (Lubok Antu) dan Willie Mongin, 38 (Mambong).

Baru Bian juga mengesahkan tiga lagi kerusi Parlimen iaitu Mas Gading, Stampin dan Miri yang turut menjadi tumpuan PKR belum dapat dipastikan ketika ini kerana wujudnya tuntutan bertindih antara parti itu dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger