PAKATAN PEMBANGKANG DI SARAWAK DIANGGAP SEBAGAI ‘ABU DUA SUDU’



Pakatan Pembangkang kini boleh sifatkan sebagai ‘abu dua sudu’ (pakar penabur janji kosong). Ini dapat digambarkan menerusi setiap parti komponen Pakatan Pembangkang tidak sehaluan dan masing-masing merebut kuasa untuk menjadi  Perdana Menteri.

Pakatan Pembangkang kini kelam kabut dalam menentukan siapa sebenarnya layak menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang berjaya menguasai Putrajaya. Namun, bagi rakyat pertelingkahan itu menggambar bahawa Pakatan Pembangkang tidak sepakat dan ini boleh menghuru-harakan negara.

Masing-masing di kalangan parti dan pemimpin Pakatan Pembangkang membawa haluan sendiri dengan Anwar dengan haluan PKR sendiri, pemimpin PAS dengan haluan sendiri dan DAP pula dengan haluan mereka sendiri.

Rakyat harus mengenali pemimpin mereka dan pemimpin tersebut mestilah mempunyai kualiti dan visi untuk memimpin rakyat.

Untuk menjadi PM, pemimpin itu mesti ada kualiti untuk memimpin bukan seperti Pakatan Pembangkang yang hanya abu dua sudu pandai berjanji tetapi tidak dapat menunaikannya.

Dalam PRU-13 ini Pakatan Pembangkang kebanyakkannya mengetengahkan calon ‘tangkap muat’ dengan orang luar kawasan dan tidak tahu latar belakang kawasan Parlimen yang ditandingi.

Seperti di Parlimen Kota Samarahan, calon PAS tidak tahu dan tidak pernah nampak mukanya datang ke kampung apatah lagi mengenali dan mengetahui masalah orang kampung di Samarahan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger