PAKATAN PEMBANGKANG ANGGAP MANIFESTO BN LEBIH TERUK BERBANDING MANIGESTO PAKATAN PEMBANGKANG



Suara sumbang pastinya ada kedengaran dalam pembentangan Manifesto BN yang dilancarkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra, Bukit Jalil malam tadi. Ini pastinya datang daripada ‘saingan’ BN terutama PKR.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail manifesto BN jelas menunjukkan sikap tidak bersungguh-sungguh kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat yang sememangnya dihimpit oleh tekanan ekonomi.

Berbeza dengan kebanyakan pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain yang melihat Manifesto BN kali ini sangat berbeza daripada PRU 2008. Ianya sangat menepati kehendak rakyat dan pastinya akan dilaksanakan seperti mana yang diutamakan Najib sepanjang 4 tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.

Rakyat pula tidak lagi bersikap tunggu dan lihat dengan kebanyakan mereka menjelaskan Manifesto BN yang bertemakan Rakyat Didahulukan sangat memenuhi aspirasi rakyat. Manakala, pembangkang menyifatkan ia sebagai satu janji yang hambar, tidak ada keaslian dan kontang idea.

Seperti biasa Pakatan Pembangkang ‘menyerang’ Kerajaan BN yang terus mengutamakan kebajikan rakyat dalam usaha mengurangkan jurang ekonomi dengan terus memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan akan menaikkan kadarnya sehingga RM1,200.

Manifesto BN yang bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" malam tadi antaranya menggariskan penambahan pemberian BRIM bagi setiap isu rumah, baucar buku dan bantuan persekolahan.

BN juga berhasrat menurunkan harga kereta dan mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat.

Pakatan Pembangkang juga tidak menolak akan terus memperhalusi dan mengubah dari semasa ke semasa manifesto mereka demi kesejahteraan rakyat. Sememangnya manifesto Pakatan Pembangkang bukan janji yang boleh diubah-ubah.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger