LT. KOLONEL ABANG HAMDAN ABANG HADARI SERTAI PKR SEBAR FITNAH TAIB MAHMUD



Apakah yang bermain di dalam pemikiran seorang penjawat awam tertinggi seperti Lt. Kolonel Abang Hamdan Abang Hadari apabila mengambil keputusan menyertai PKR dan mengadakan ceramah dengan memfitnah Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Seperti mana dalam ceramah Jelajah Harapan Rakyat anjuran PKR Sarawak bertempat di Lorong 8G, Bandar Baru Samariang pada Khamis malam Jumaat.

Bagi kebanyakan umat Islam, pada malam itu (malam Jumaat) adalah malam terbaik untuk membaca yassin bagi menambah keberkatan amalan kita di dunia. Tetapi, tidak bagi PKR apabila menjadikan malam itu sebagai pentas menabur fitnah dengan mensasarkan kepada Ketua Menteri Sarawak dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Abang Hamdan mengatakan amalan pentadbiran politik yang diamalkan Taib Mahmud di Sarawak tidak membantu rakyat mencapai kemajuan khususnya orang Melayu. Tetapi, beliau sudah lupa bahawa kejayaan yang dinikmatinya hari ini dengan berbekalkan ‘pencen’ yang besar itu sebagai penjawat awam masih lagi menyalahkan kerajaan.

Dakwaan bahawa kadar tarif elektrik di Sarawak sangat tinggi berbanding di Semenanjung juga sangat tidak berasas dengan meskipun adanya Empangan Bakun dan Empangan Batang Ai.

Inilah pemikiran cetek pemimpin Pakatan Pembangkang yang cuba mengejar ‘glamour’ dengan mengambil jalan mudah memfitnah kerajaan tanpa sebarang fakta sahih. Sememangnya itulah tabiat dan amalan mereka.  
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
April 13, 2013 at 2:46 PM

Lt Kol Abang Hamdan adalah dari TJP 22. Skot 22 ada website dan Blog itu lebih kepada merapat perhubungan antara Skot. Sila layari :

www.saffanskot22.com

Sila click atau copy n paste dan kemudian search.

Anonymous
April 13, 2013 at 4:24 PM

Lt Kol (bersara ?)tiada chance nak jadi calon PKR.Semua tempat sudah diisi.Lainlah jika PKR sendiri nak ujudkan satu parlimen baru di pulau talang2.Apapun cerita kononnya tarif letrik di Swak tinggi walaupun terdpt 2 projek hidro wajib dijawab.Bahaslah dgn data.Bandingkan tarif sediada.Kalau lebih tinggi berilah alasan yg munasabah.Kalau didpti dakwaan Kolonel tu tak betul wallop dia habis2 kerana berbohong.

Dakyah bahawa cara pentadbiran kerajaan BN Swak tidak membantu kemajuan rakyat khasnya org Melayu juga wajib dijawab.

Sebagai anak Swak saya berterima kasih kpd Kerajaan Negeri n Persekutuan dibawah BN (dulu:Alliance Party).Tanpa biasiswa,contohnya,memang mustahil keluarga yg miskin mampu menyekolahkan saya hingga tamat persekolahan menengah.Saya tetap bersyukur apa yg disediakan kerajaan.Kos perubatan utk kesihatan pun percuma.Bayar RM1 saja dah dpt rawatan percuma di klinik kerajaan.Banyak peruntukan kerajaan bagi meringankan beban rakyat.Subsidi2 gula,petrol/diesel,tepung gandum etc.BR1M dah nak masuk musim ke3.Tahun 2014 dptlah BR1M.Bagi Kolonel perkara macam mungkin kecil n remeh,tetapi saya n mungkin ramai senasib dgn saya amat2 mengalukan bantuan kerajaan.Kos nak ke Universiti bukannya murah.Mujur kerajaan menyediakan pinjaman.Nak pinjam di bank belum pasti dpt (kerenah jaminan colateral,slip gaji,penjamin etc).Mujur kerajaan terfikir macamana nak beri bantuan.Pesawah,nelayan,peniaga kecil2an semuanya dpt bantuan.Tak faham saya jika bantuan2 begini tidak dianggap kerajaan tak bantu kemajuan rakyat.Betul2 tak faham.PKR ada pelan yg lebih baik?Kita akan lihat sejauh mana manifesto Pakatan dpt ditepati.

Anonymous
April 13, 2013 at 6:40 PM

BEKAS POSMEN SAID:

Kumpul semua bekas2 panglima bekas bekas pegawai tentera yg muka frust ...taruk dalam satu bekas campak ke laut Sulu!

Anonymous
April 14, 2013 at 6:58 AM

Kita menghargai jasa n pengorbanan bekas tentera kita.Hanya segelintir kecil persara tentera yg tidak bersyukur.Ada yg dpt menikmati pencen bulanan yg lumayan,spt diterima bekas kolonel/panglima,berpaling tadah menyokong Pakatan.Kenapa?Banyak sebabnya.Pertama (mungkin saja)mereka tak dpt apa yg dihajati semasa masih berkhidmat.Tidak sebulu dgn pihak atasan.Tak dpt anugerah.Kedua:tawaran drp Pakatan lebih lumayan agaknya.Kita tak tahu apa yg ditawarkan.Maklumlah peruntukan kpd tentera adalah yg tersebar dlm setiap Rancangan Pembangunan Msia/Msia Plan.Nasib2 dpt kontrak membekal kasut utk tentera jadilah.Apa2pun setiap manusia yg tiada had nafsu,tidak puas dgn adanya,akan tertarik dgn tawaran Pakatan.Ingat bahawa bekas panglima/kolonel dah biasa dgn stail kehidupan yg glamour.Nak tampung glamour perlu ongkos.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger