Sunday, April 14, 2013



Boleh dikatakan setiap hari ada ahli PKR dan PAS akan keluar parti dan menyertai UMNO dan BN menjelang hari penamaan calon dan hari pengundian. Ini disebabkan rakyat Malaysia sudah mula sedar akan rupa sebenar Pakatan Pembangkang yang hanya mengutamakan anak beranak dan politik berbanding membantu rakyat.

Kesengsaraan rakyat Selangor yang sekarang ini mengalami krisis air ekoran sikap Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang yang mempolitikan isu air.

Juga, pertumbuhan rumah-rumah urut dan kelab malam di Selangor semenjak pemerintahan Pakatan Pembangkang telah banyak mengundang pendatang tanpa izin khususnya pelacur dari China dan peningkatan kadar pelacuran di Selangor.

Pemerintahan DAP di Pulau Pinang menyaksikan bagaimana nasib masyarakat Melayu dipinggirkan sama ada dalam sosiekonomi mahupun tanah. Semenjak Kerajaan DAP memerintah Pulau Pinang, rakyatnya tidak ada pilihan melainkan terpaksa ‘menerima’ kekejaman pemerintahan Lim Guan Eng yang disifatkan sebagai ‘Tekong’.

Atas sebab-sebab itu terbaru seramai 150 ahli PKR dari Cabang Padang Serai termasuk Timbalan Ketua Cabang, Johari Teh telah mengumumkan keluar parti dengan menyertai UMNO dan menyokong BN.

Menurut Johari, aktiviti keluar parti itu akan berterusan dan difahamkan selepas ini lebih ramai akan menyusul sehingga setiap cabang PKR akan terpaksa ditutup.

Borang keahlian diserahkan kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Abdul Halim Hasan.

Ditanya apakah yang menyebabkan mereka berbuat demikian dan jawapannya mudah sahaja, “kami percaya di bawah kepimpinan BN anak dan cucu cicit serta agama akan terbela”.
Categories:

5 comments:

  1. Di Sarawak apa kurangnya.Di Lubok Antu ramai ahli SWP telah keluar parti.Belum setahun dah ditinggalkan.Di Sri Aman ramai ahli PKR merajuk dan keluar parti.

    ReplyDelete
  2. Diharap ini berterusan dan rakyat sarawak yg selama ini mnyertai pbangkang perlu sedar yg mereka hanya dipergunakan untuk kpentingan politik semata.kbanyakn kawasan yg dimenangi mereka sebelum ini masih tidak mnunjukan apa2 kmajuan seperti yg dkehendaki pduduk.

    ReplyDelete
  3. Presiden SWP Larry Sng menafikan bahawa mereka yg telah meninggalkan SWP adalah ahlinya.Peliknya ialah mereka ada kad keahlian SWP.Dengar berita bahawa mereka yg tak ada memohon keahlian dpt juga kad dan RM30 seorg.Rupa2nya SWP sapu saja nama2 pengundi dr senarai pengundi setempat.Masalah ini tidak timbul di kawasan2 SWP tidak bertanding.Jelas sekali kaedah berbohong n tidak berintegriti SWP memakan diri.

    ReplyDelete
  4. Tumpang sekaki..

    Surat2 tauliah calon2 BN telah diserah kpd pengerusi BN negeri.Maka esok pengerusi masing2 akan mengumumkan calon2 BN yg akan berentap di persada PRU13.

    Diharap jangan ada yg tidak dicalonkan kali ini merajuk terus menyokong pembangkang.Kelaziman memang ada yg digugur,ada yg tidak terpilih.Tidak salah merajuk.Penting sekali BN terus menang.Dibimbangi batu api mengambil kesempatan menghasut mereka yg kecewa kelak.Kedah,Perak dan selangor jatuh ke tangan Pakatan disebabkan rasa takpuas hati n memboikot calon2 parti sendiri.Kita berharap pucuk kepimpinan BN bijak menangani apajua krisis dalaman menjelang PRU13.VOTE FOR BN.

    ReplyDelete
  5. Kami Iban memang sokong BN sebab kami Iban bebas mencari pendapatan tanpa diganggu.BN tidak mengutip apa apa cukai dari hasil ladang atau ternakan walaupun beribu ribu setiap bulan .Malah diberi bantuan baja racun wang tunai untuk memulakan ternakan atau tanaman. Tanah walau sebesar mana pun tidak dibayar cukai adapun mampu untuk dibayar.Kalau DAP tentu ia mengutip cukai dari tanah orang Iban setakat mana orang Iban mampu bayar cukai tersebut.
    Setakat ini belum ada parti yang lebih baik dari BN.

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!