JELAING MERSAT PENGKHIANAT! RAKYAT WAJAR TOLAK PEMIMPIN YANG BERPALING TADAH



Selepas kecewa tidak dipilih sebagai calon BN di Parlimen Saratok, bekas penyandang, Jelaing Mersat kini dilihat ‘bersama’ calon PKR YB Ali Biju yang juga ADUN Krian. Jelaing bersama Ali Biju terlibat dalam satu program kempen PKR di sebuah rumah panjang dalam DUN Krian.

Akibat tidak dipilih sebagai calon, Jelaing Mersat yang sebelum ini merupakan Naib Presiden Kanan SPDP Sarawak telah bertindak keluar parti. Tindakan dibuat selepas senarai nama calon BN diumumkan oleh Pengerusi BN Sarawak.

Tindakan Jelaing dan beberapa penyokongnya itu bukan budaya BN secara langsung dianggap sebagai berpaling tadah. Mana tidaknya, selama ini Jelaing diangkat sebagai calon BN di Parlimen Saratok atas keputusan BN dan SPDP, tetapi apabila tidak terpilih berpaling tadah pula kepada BN.

Jika Jelaing dan penyokongnya menganggap bahawa pencalonan Presiden SPDP di Saratok tidak berpandukan akar umbi (rakyat) dan ahli parti, namun secara majoritinya rakyat Saratok menyambut pencalonan Presiden SPDP sebagai calon bagi menentang ADUN Krian, Ali Biju.

Lawatan Perdana Menteri ke Saratok yang dihadiri ribuan penduduk khususnya penyokong BN menunjukkan bahawa BN masih relevan buat rakyat Saratok. Mereka tahu bahawa bukan calon yang boleh membawa perubahan sebaliknya parti yang kukuh dan teguh menjamin kesejahteraan.

Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi parti yang kukuh menjamin kesejahteraan rakyat. Rakyat wajar menilai kesungguhan parti untuk terus memerintah negara biarpun pemimpinnya bertukar ganti. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
April 30, 2013 at 11:26 AM

Yang datang ramai ke majlis pm bukan nak support bn tapi nak duit.ini disahkan sendiri penyokong yang datang.tak mungkin rakyat sarawak masih nak support bn yang ternyata gagal membawa pembangunan di sarawak.tambah lagi taib banyak sangat menyalahgunakan kuasa km untuk mencuri seberapa banyak kekayaan sarawak.tapi tengok lah sendiri kehidupan rakyat sarawak khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar,kampung dan rumah panjang.majoriti orang sarawak yang tinggal di malaya menolak bn.mereka tau dan mereka dapat tengok dari luar kotak pemikiran biasa senario politik di sarawak betul ke tidak.kita juga pasti yb dalam bn terutamanya kaum dayak tak berpuasa hati dengan bn terutamanya taib.tapi mereka diam.tak berani buka mulut kerana masing masing ada agenda sendiri.tengoklah suatu hari nanti jika nasib mereka dipinggirkan bn seperti yang dihadapi jelaing adakah mereka akan terus setia sokong bn?saya rasa tidak.james,jabu,mawan bepura pura hanya nak jawatan.tapi dalam hati mereka meluat dengan taib.berbalik kepada isu jelaing saya tak anggap dia sebagai penghianat.dia tak sanggup duduk dalam bn sarawak yang dipimpin oleh manusia rasuah,salahguna kuasa,rasict macam taib oleh itu dia berani menyokong ali biju yang terbukti boleh menghapuskan kezaliman taib.saya kira mereka yang masih undi bn,yb bn merupakan penghianat negara.mereka menghianati agenda asal untuk memajukan rakyat sebaliknya menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri.tengok sendiri kepada kekayaan taib mahmud.bandingkan dengan ketokohan nik aziz.mereka masing islam,memerintah dengan lama tapi nik aziz tidak zalim macam taib.tengok pula kehidupan rakyat sarawak yang diabaikan oleh taib?sepanjang 30 taun menjadi km pernah kah taib menjenguk area terpencil seperti katibas?belaga?tak pernah.sedangkan beliau adalah km untuk rakyat sarawak?jadi apa makna itu?taib telah mengkhianati amanah sebagai pemimpin yang sepatutnya tahu masalah rakyat.jadi saya rasa sudah tiba masa untuk rakyat sarawak kalahkan bn dengan tekad gulinggkan taib.jangan takut kita ada pemimpin berkaliber seperti baru bian,ali biju rasanya james dan mawan juga akan sertai pakatan itu jika taib digulingkan.isyarat jelas telah diberikan kompenan bn seperti prs,spdp bahawa mereka tidak boleh gulingkan taib.mengelak daripada sarawak terus musnah ini kali lah kita kalahkan bn.undi apa saja parti asal bukan bn!

April 30, 2013 at 1:20 PM

..majoriti menolak BN.."?Belum terbukti.Lihat saja keputusan PRU13 nanti siapa betul.

..pemimpim berkaliber spt Baru Bian,ali biju.." Baru Bian hanya seorg loyar n aktivitis ,manakala ali biji cuma menang di Krian sebab SPDP tersalah pilih calon,bukan disebab Ali Biju lebih berkaliber.Kalau benar spt didakwa mana bukti mereka mampu laksanakan janji2 mereka semasa PRN Sarawak yg lalu? Krian tetap begitu,tiada perubahan dibawa oleh wakilnya.Satu jeti pun beliau tak terbina,jauh sekali sebatang jln atau jambatan.Nak berjanji memang senang..

..james n mawan akan sertai pakatan..jika taib digulingkan..?mimpi siang hari.Fitnah n spin n lies.Mana mungkin James jemut n William Mawan nak meninggalkan BN sedangkan keduduksn politik mereka semakin mantap n terjamin bersama Dtk Taib.Mana mungkin Dtk Taib nak digulingkan sedangkan PBB dibawah kepimpinan beliau teguh menyokong presidennya.

Jgn termakan fitnah n dengki,buruk sangka segelintir political desperadoes kita terus menuduh yg bukan2.Dalang anti-Taib hanya akan aktif semasa PRU.Lepas tu hilang entah kemana.Cerita Sarawak Report perlu ditapis demi kesahihannya.Maklumlah puncanya diragui dr Barat.lagipun apa tujuan sebenarnya laporan bersifat anti-Taib,anti-kerajaan jika tiada motif menjatuhkan kerajaan yg sah dipilih melalui ppilihanraya democratik.Ingat bahawa Barat tidak suka dgn kerajaan dipimpin org Islam.Cara halus menjatuh Islam ialah menjahamkan pemimpin Islam.Ingat Barat tak ada memberi bantuan tanpa ada ganjaran.Penjajahan barat tidak rela melihat negara bekas koloni lebih maju drp Barat.

Anonymous
April 30, 2013 at 4:33 PM

Mengatakan barat adalah anti pemimpin islam adalah satu dakwaan palsu yang digunakan oleh orang islam malaysia untuk membakar kemarahan orang islam bahawa orang barat bersekongkol dengan orang bukan bukan islam menjatuhkan pemimpin mereka.ini merupakan satu fitnah yang jelas terhadap orang bukan islam supaya mereka tidak akan memimpin mana mana bumi di malaysia.di sarawak adakah orang bukan islam yang ternyata mereka orang asal.memiliki banyak tanah di sarawak yang kini diperintah orang islam walaupun mereka dulu minoriti tetapi disebabkan penghijrahan warga indon dan melayu semenanjung orang islam sarawak semakin meningkat.adakah mereka tidak berhak memerintah sarawak kerana mereka bukan islam?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger