GUNA LOGO PKR HANYA SANDIWARA DAP TARIK PENYOKONG PKR



Sandiwara yang dicetuskan DAP akhirnya terjawab apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membenarkan DAP menggunakan logo roket dalam PRU-13 ini. Jika sebelum ini DAP bertegas akan menggunakan logo PAS tetapi tidak logo PKR dalam PRU-13 sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli-ahli PAS.

Di Sarawak, DAP Sarawak semasa pemberian watikah sebelum penamaan calon menyatakan kepada umum bahawa DAP akan menggunakan logo PKR dalam PRU-13 biarpun dibantah keras ahli PKR. Ia sangat berbeza di Semenanjung apabila DAP akan menggunakan logo PAS berbanding PKR. Ini disebabkan PKR lebih menonjol di Sarawak berbanding PAS.

Dan, pada Sabtu, ROS telah mengeluarkan surat rasmi dengan membenarkan DAP menggunakan logo parti itu setelah diterima oleh pegawai pengurus pilihan raya pada hari penamaan calon PRU-13.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata walaupun CEC mereka tidak mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (ROS), tidak bermakna DAP tidak dapat menggunakan logo mereka dan ini dilihat turut memberi impak kepada setiausaha agung parti kerana tidak dapat mengeluarkan surat kebenaran/ watikah untuk calon-calon bertanding di seluruh negara.

Seperti mana angkuhnya pemimpin DAP hingga menyalahkan ROS sebagai menganggu proses penamaan calon dengan mengaitkan logo DAP kerana bimbang menimbulkan masalah dalam parti.

Jelas Wong Ho Leng lagi, DAP sememangnya fokus untuk memenangi Parlimen Sibu dan Lanang berbanding kawasan parlimen lain.

Dalam penamaan calon, DAP turut membawa dua borang pencalonan iaitu borang calon PKR dan DAP. Ini kerana, jika logo DAP ditolak maka calonnya akan mengemukakan borang menggunakan logo PKR.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 22, 2013 at 11:14 AM

Hak eleh, yg ROS g hantar surat 2 hari sebelum penamaan tu ape citer? Dan dan bila nampak sokongan meningkat kalo guna logo pkr ngan pas, wakil ros sendiri g hantar surat kebenaran by hand. Oh Malaysia!!!

Anonymous
April 23, 2013 at 2:24 PM

Yang buat aduan kpd ROS siapa? Ahli2 DAP sendiri!! Amat pelik.ROS telah menyelamatkan DAP.Jika tidak,bendera PAS akan berkibar di seluruh Penang.Akan kecutlah penyokong DAP.Benarlah PAS diperkudakan DAP selama ini.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger