DR JUANDA JAYA DEDAHKAN ANWAR IBRAHIM SEORANG PLURALIS AGAMA



Sebelum ini Anwar Ibrahim pernah menafikan bahawa beliau menyatakan dirinya seorang pengamal pluralisma agama.

Dan, terbaru Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang disebut-sebut bakal bertanding atas tiket PKR di Parlimen Kangar telah mendedahkan Anwar Ibrahim pernah menyatakan dalam ucapannya di LSE, sebuah sekolah ekonomi di London, bahawa semua agama adalah sama. Juandalah yang mendedahkan Anwar ialah seorang pluralis yang percaya semua agama adalah sama taraf.

Persoalannya jika ini berlaku apakah yang menyebabkan Dr Juanda sanggup mewakili PKR jika Anwar Ibrahim itu seorang pengamal pluralisme.

Selepas pendedahan Dr Juanda itu, ramai di kalangan kawan-kawan Anwar Ibrahim meninggalkannya atas amalan pluralisme. Tetapi, bagi PAS amalan pluralisme yang diamalkan Anwar Ibrahim sedikit pun tidak menjejaskan hubungan mereka biarpun PAS mengamalkan Islam.

Tidak semena-mena di saat-saat PRU akan tiba ini, Juanda dikatakan mahu bertanding pilihan raya atas tiket PKR, parti yang didokong oleh Anwar. Apa sebab dia berbuat demikian belum diketahui.

Namun ada beberapa rakan yang rapat dengan beliau memberitahu, Juanda mahu seorang yang berstatus ulama, sepertinya, bertanding dalam pilihan raya. Beliau mendakwa UMNO tidak mahu mengambil ulama sebagai calon?

Jika beliau bercakap mengenai soal ulama dan Islam, mengapa dia tidak menawarkan diri bertanding atas tiket Pas? Difahamkan beliau kurang selesa pula dengan Pas dan tidak bersetuju dengan perjuangan parti itu.

Kalau macam itu, mengapa PKR? Adakah Anwar telah mengula-gulakan Juanda, seperti mana digula-gulakannya bekas jeneral-jeneral itu? Itu kita tidak pasti pula?

Ada juga yang berkata ini soal fahaman wahabisme, satu anutan yang dikatakan banyak diikuti di Perlis. Apa kaitan pula dengan Anwar? Jika mengikut pembacaan dalam dokumen perisikan i-Files di Internet, Anwar dikatakan pernah mendapat dana dari Arab Saudi bagi tujuan kononnya membantu penyebaran fahaman itu di rantau ini?

Kita tolak soal itu dulu. Kita lihat senario semasa ekoran kedudukan Juanda itu. Difahamkan PAS pun berminat dengan kerusi Kangar itu. Ini bermakna, sudah ada perebutan pula di antara PKR dan PAS.

Pas mahu meletak Dr. Haron Din sebagai calon di Kangar. BN pula dikatakan juga akan meletakkan orang agama iaitu Fathul Bari Jahaya sebagai calon di situ.

Dikhabarkan Juanda hanya menanti pengumuman oleh Anwar Ibrahim sebelum bertemu dengan Raja Perlis untuk meletak jawatan sebagai mufti.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 11, 2013 at 3:09 PM

Tuan punya badan setakat ini tiadapun mberi apa2 response.Maka berita/cakap2 belum pasti kesahihannya.Elok tunggu saja setelah penamaan calon.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger