Sunday, April 28, 2013



Sama ada wajar atau tidak wajar, kenapa kerjaya cikgu yang dianggap mulia itu disalahgunakan untuk membenci kerajaan dengan pelbagai tohmahan. Ini suatu tindakan yang kurang ajar.

Sepatutnya guru yang dibayar gaji besar itu ditugaskan untuk mendidik anak-anak dengan ilmu pengetahuan untuk keperluan masa depan dan bukannya diupah untuk mengajar politik. Jika hendak berpolitik, lebih baik berhenti sahaja dan sertai DAP secara sepenuh masa.


Teringat peribahasa Melayu yang berbunyi "Bagaikan melepas babi yang tersepit" atau "Seperti anjing kurap yang menggigit tangan yang menyuapnya."

Mungkin peribahasa ini sesuai untuk menggambarkan segelintir cikgu-cikgu Cina dari beberapa sekolah mubaligh dan  sekolah Cina di Sibu yang dikesan berkempen kepada para pelajar tingkatan enam dan keluarga mereka agar mengundi DAP dan MENENTANG BN.

Apa tidaknya? Kerajaan BN telah bagi  RM31.67 juta untuk  semua sekolah mubaligh bantuan kerajaan termasuk di Sarawak. Daripada jumlah itu, RM25.68 juta adalah peruntukan pembangunan, manakala RM5.49 juta lagi untuk peruntukan mengurus.

Bagi tempoh 2009 dan 2010 sahaja kerajaan membelanjakan RM40.13 juta  bagi menyalurkan bantuan kepada sekolah mubaligh.

Untuk Sarawak, pemberian terbaru sebanyak RM50,000 yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah disampaikan pada awal bulan ini.

Muhyiddin malah memberitahu kerajaan BN akan menyediakan belanjawan tetap setiap tahun untuk sekolah mubaligh di negeri ini. Apakah kerajaan negeri pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini ada membuat sumbangan yang sama?

Sumber: Keadilan X Sarawak


‘Cikgu’ macam ini tidak layak dipanggil cikgu kerana telah menyalahkan profesionalismenya sebagai cikgu. Adalah wajar mereka ini letak jawatan dan sertai DAP tanpa berselindung.

PENGECUT!!!!
Categories:

6 comments:

  1. DAP adalah parti ANTI ISLAM dan ANTI MELAYU . Maka itu undi DAP adalah HARAM

    ReplyDelete
  2. Blog pemfitnah... kau cakap 1Malaysia tolak fitnah. Tapi blog penuh dengan video fitnah dan cerita rekaan semata-mata. Taktik dah tak laku oii... kau tok nang sik paham-paham. Suka hati orang lah maok undi sapa. Kempen macam kau toklah yang menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap BN. Bangang!!

    ReplyDelete
  3. Sebab kebajikan meka, tumha, pejabat, macam kotikolum, uabah sana ubah sini..cikgu sakit hati..ooop lupa pulak dulu ramai cikgu jadi YB lah ni no more..so untung meka sokong Bn calonkan Cikgu next time lah..jabatan lain jgn lupa byk da sokong pakatan sebab bosan..kerja nak buat peralatan tak ada..pejabat mcm oven. Kerap kata baget tak ada..so salah kerajaan ..lah

    ReplyDelete
  4. sejak kerja di bawah kementerian pelajaran, ramai guru2 secara jelas lebih menyokong PR berbanding UMNO. ini boleh dilihat, laman web HARAKAH contohnya menjadi top 5 hasil carian internet di sekolah. jika ditanya mengapa memilih PR sedangkan kerajaan sekarang telah memberi mereka segala kemudahan, jawapan yang diberikan, mereka, guru-guru dihimpit dengan pelbagai tugasan sehingga membebankan dan mengganggu tugas utama mereka iaitu mengajar. apa yang diharapkan oleh mereka bukanlah gaji atau bonus yang besar tetapi mereka mahu diberikan tugas mengajar sahaja tanpa dicampur dengan program yang lain... MEREKA,GURU2 bersungguh2 mahu memastikan anak didik mereka berjaya dengan cemerlang gemilang dan terbilang...

    ReplyDelete
  5. Kalau tak suka dgn isi2 dan cara penyampaian blogs Wira Kenyalang tak ada paksaan utk membacanya.Baca blogs lain.Tak payah gaduh2.

    Intipati laporan ialah segelintir guru2 bangsa Cina di Sibu telah berkempen utk pembangkang (DAP).Mereka berkempen kpd pelajar2 T6 dan keluarga mereka.Pelajar2 T6 belum layak mengundi.Ibubapa mereka adalah sasaran guru2 tersebut.

    Memang menyalahi etika perguruan bercakap tentang politik berpartian di sekolah.Lebih2 lagi di kalangan pelajar2.Jika nak berkempen buatlah di luar waktu mengajar dan di luar sekolah.Jika kena tangkap sendiri tanggung.

    Pada zaman komunis dulu cara yg sama diserap oleh komunis.Segelintir guru Tionghua menghasut pelajar supaya membenci kerajaan.Komunis atau anasir penghasut menggunakan taktik clandestine/underground atau secara sembunyi.Akibatnya,kebanyakan ahli2 komunis Swak terdiri drp masyarakat Cina yg bersekolah di sekolah2 Cina.Namun tidak semuanya termakan dgn dakyah komunis.

    Jika benar terdapat guru2 yg menyalahi etika perguruan dgn terlibat dgn kempen menentang kerajaan maka kita minta perkara ini disiasat.Buat laporan kpd pihak JPN.

    Kita berhak memilih siapa yg nak kita suka.Memang betul.Apa yg dipersoalkan ialah moral kita.Org memberi kita berbudi,kita harus bersyukur.Berterima kasih balasannya.Bukan memaki hamun mereka yg memberi kita kerja,gaji,bonus,subsidi gula,subsidi petrol,buku teks percuma utk anak,pendidikan percuma sehingga sekolah menengah,dan banyak lagi.Kalau tak sokong kerajaan yg telah terbukti memberi pekerjaan kpd kita,apa jaminan kita menyokong pembangkang yg belum pun berjasa kpd kita.

    Lelah aje Man Bai berlagu "terima kasih".
    Sekadar berceloteh.Tiada niat nak bersangka buruk kpd rakan2 pembaca.
    Salam.

    ReplyDelete
  6. orang melayu,orang umno,orang bn hari kempen kepada guru kepada pelajar.buka buku sejarah tunjuk ketuanan melayu,agama islam,perjuangan umno.siapa tak fade up.nampak sangat rasict.nampak sangat malaysia ini mereka yang punya.mana hak kaum lain?orang cina,orang india orang iban yang tau hak mereka.tahu mereka didiskrimanasi harus bangkit.harus berjuang dengan apa cara sekalipun.guru guru harus menyedarkan pelajar senario politik sebenar.jangan sampai pula nanti kaum guru tidak setaraf dengan ilmu yang mereka ada sanggup diperbodohkan taik taik bn!

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!