CALON PKR BIADAP EKSPLOITASI PAKAIAN SERAGAM POLIS TRAFIK CETUSKAN KEMARAHAN RAKYAT



Tindakan calon PKR Parlimen Petra Jaya menggunapakai pakaian trafik pada billboard yang diletakkan di bulatan Petra Jaya menimbulkan rasa tidak senang bagi kebanyakan masyarakat Petra Jaya.

Ini boleh disifatkan sebagai tindakan mengeksploitasi pakaian seragam polis trafik biarpun beliau bukanlah seorang anggota polis trafik.

SPR sewajarnya peka dengan permasalahan ini dengan meminta calon PKR yang bertanding itu menurunkan billboard yang disifatkan sebagai mengelirukan dan tidak sepatutnya berlaku.

Jika sebelum ini PKR dan Pakatan Pembangkang banyak menunding jari kepada BN dalam meletakkan pelbagai macam pada banner dan billboard, tetapi kali ini ia terkena kepada batang hidung sendiri.

PKR harus sedar bahawa dalam politik mereka seharusnya bersikap profesional dengan mengakui kesalahan sendiri tanpa menunding jari kepada orang lain. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
April 26, 2013 at 10:17 AM

Aku nak tanya PDRM salah ke tidak menggunakan pakaian seragam berupa pakaian rasmi PDRM, kalau tak salah biarkan saja sesiapa nak guna pakai lain2 unifom PDRM.

April 26, 2013 at 2:47 PM

Setahu saya pakaian seragam pasukan keselamatan Negara spt tentera darat,tentera udara,tentera laut,pasukan polis adalah pakaian khas utk mereka yg bertugas dlm pasukan2 tersebut.Anggota2nya ada tauliah saja dibenarkan menyarung pakaian seragam berkenaan.Pakaian polis trafik khas utk pasukan tersebut.Mana ada kita melihat polis trafik berpakaian baju teluk belangga/baju kurung.Lucu.Maka org awam yg tiada tauliah tidak dibenarkan berpakaian spt polis trafik.Budak sekolah di bawah pasukan kadet polis sekolah ada tauliah.Sekolah ada kebenaran polis sebelum pasukan boleh ditubuh.Tak tahulah sama ada Sdr Nazib ada mendapat kebenaran khas drp pihak polis.

Bukanlah pakaian khas namanya jika bukan anggota/ahli sesuatu pasukan mula berpakaian serupa polis.Huruhara jadinya.

Nak buat gimmick politik perlu berpada2,relevan,dan tidak menyalahi undang2 n merbahaya.Terjun di jambatan Satok juga boleh dijadikan gimmick.Terjun dari kapalterbang,pokok kelapa,menara masja juga boleh jadi gimmick tapi bahaya.Tidak digalakkan.

adios.

Anonymous
April 26, 2013 at 4:32 PM

bce akta polis dulu ye..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger