BLOGGERS UMB BN SARAWAK PRO KERAJAAN ATAU PRO PEMBANGKANG?



Kini waktu ‘berperang’ fakta dan setiap pejuang cybertrooper BN atau Pakatan Pembangkang masing-masing mengutarakan ‘kebenaran’ dan ‘kewajaran’ meyakinkan pengundi mengundi parti masing-masing, namun ada di kalangan Cybertrooper ini tersalah tembak.

Sama ada ini disengajakan atau tidak disengajakan hanya penulis atau blogger itu sahaja yang tahu. Ini secara langsung memberikan ‘kelebihan’ kepada pihak sebaliknya.

Menurut rakan-rakan yang dikenali memberitahu blogger Sebanaku Sarawak merupakan salah satu jentera Cybertrooper UMB BN Sarawak.

Apakah motif penulis blog Sebanaku Sarawak menulis artikel bertajuk Cubaan baru untuk merenggangkan YAB KM Pehin Sri dengan kepimpinan persekutuan? Melihat kepada kandungan dan motif penulis ternyata ianya bersifat mahu mencemar nama baik ‘seseorang’ atau ‘memburukkan’ reputasi di kaca mata mereka tidak memihak kepada kumpulan tertentu.

Persoalannya kini apakah motif sebenar blogger UMB BN Sarawak itu???

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan UMB BN Sarawak yang pro Kerajaan dan mereka ini hanyalah yang duduk di ‘bawah’ dan tergolong dalam ‘Saya Yang Menurut Perintah’. Tetapi, mereka yang duduk di atas perlu sentiasa bermuhasabah diri dengan memikirkan perjuangan mereka selama ini ikhlas atau mempunyai agenda lain yang sekaligus boleh meranapkan BN.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

April 6, 2013 at 4:05 PM

sah la orang UMB sedang attack blog I juak... http://sarawakkolokmee.blogspot.com/2013/04/yab-pehin-sri-backstabbed.html#comments

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger