Sidang media yang dibuat Anwar Ibrahim dan rakan-rakan
Pakatan Pembangkang bagi memperjelaskan tuduhan bahawa dirinya tidak terlibat
dalam kejadian pencerobohan kini menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.
Tidak ketinggalan media antarabangsa juga mengambil
bahagian berikutan laporan akhbar Reuters dan Filipina The Philipine Inquirer
yang mengaitkannya dalam insiden berdarah itu. Namun, jawapan daripada Ketua
Pembangkang itu sangat mendukacitakan dan tidak seperti apa yang dimahukan para
wartawan.
Lebih mengejutkan Anwar Ibrahim telah mengertak para
wartawan yang hadir dengan tidak membenarkan soalan-soalan yang boleh membuka
pekung di dada Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang hanya dengan sentiasa
mengulangi jawapan “U Ulang I Saman U”. Apakah ini yang dimahukan wartawan
dalam setiap kali wartawan mahu mendapatkan berita dan cerita kebenaran?
Inilah insiden yang berlaku semasa wartawan Agendadaily yang
bertanya soalan yang semua orang nak tahu jawapannya semasa sidang akhbar Anwar
bersama orang kuat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha
Ali di Ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petaling Jaya Isnin lepas.
Tugas wartawan ialah bertanya. Orang politik nak
jawab...jawablah.. kalau tak mau sudah...tapi jangan guna bahasa macam nak ugut
saman begitu.
"Saya sudah saman TV3 dan Utusan...you ulang....saya
saman you pula," itu cara pembesar Pakatan Pembangkang ini jawab bila
ditanya bab mengapa nak saman TV3 dan Utusan sahaja dan tidak media
antarabangsa seperti Reuters dan Filipina The Philipine Inquirer?
Apakah Anwar Ibrahim hanya berani nak saman TV3 dan
Utusan Malaysia, sebaliknya takut mahu menyaman akhbar Reuters dan Filipina The
Philipine Inquirer? Janganlah hanya berani di dalam negara sahaja, tetapi kat
media antarabangsa penakut!!
Pastinya selepas ini wartawan tidak akan lagi melayan
kehendak dan tuntutan Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang untuk mengadakan
sidang akhbar akibat daripada perlakuan yang tidak profesional dan menggugut.









U ulang i saman!
BalasPadamU ULANG I SONDOL BONTOT U......
BalasPadamU ULANG..I PULANG..
BalasPadamPakatan rakyat mahukan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar tetapi sekarang dah menampakkan kalau mereka memerintah semua akhbar mesti dengar cakap mereka. Sekarang pun dah asyik menyaman aje kat akhbar dan dengan pemberita yang nak bertanya punya nak disamannya. Cakap tak serupa bikin. Macam inikah mahu jadi PM?
BalasPadamDah agak dah.. anwar cakap tak serupa bikin.lepas ni saya harap pm dan kerajaan kta saman plak harakah,mlaysianinsider sebab tuduh tanpa bukti baru syookkkk!!
BalasPadam