TIAN CHUA DIHADIAHKAN KERANDA. APA MOTIFNYA?



Siapakah yang harus dipersalahkan? Tian Chua atau rakyat Malaysia apabila sebuah keranda dengan gambar Tian Chua dikalungkan dengan bunga.

Umum mengetahui Tian Chua telah didakwa di bawah Akta Hasutan apabila secara sengaja telah mengeluarkan kenyataan yang dipetik Keadilan Daily hingga mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia termasuklah ahli-ahli PAS.

Ramai pihak termasuk UMNO mahu Naib Presiden PKR itu meminta maaf setelah mengaitkan parti terbesar Melayu dengan kejadian berdarah di Lahad Datu dan Semporna, Sabah hingga menyebabkan 10 anggota pasukan keselamatan negara terkorban.

Tidak cukup dengan itu, PKR Melaka telah dikejutkan dengan pemberian sebuah keranda beserta gambar dengan selaputi bunga juga percikan cat merah yang ditujukan khusus kepada Tian Chua. Ianya telah diletakkan di hadapan Ibu Pejabat Keadilan Melaka.

Keranda yang diletak depan pejabat itu disedari Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri, Mohd Yusof Abdullah kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Terkejut dengan penemuan itu, beliau menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada semua pimpinan PKR Melaka.

Ketua Penerangan Negeri, Hairiz Nordin dihubungi berkata, SMS dari Yusof itu diterima beliau pada jam 7.36 pagi bersama kiriman gambar keranda tersebut. Hairiz menyifatkan perbuatan ke atas Naib Presiden PKR itu biadap dan berniat jahat.

Katanya, mereka akan membuka semula rakaman litar tertutup (CCTV) pejabat itu untuk mengenalpasti pihak terlibat.

“Mereka tak akan terlepas, kita (PKR) hendak lihat bagaimana polis nak tangani kes ini.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger