TIAN CHUA CUBA BERMAIN SANDIWARA DALAM ISU MULUT CELUPARNYA



Walaupun didesak banyak pihak dan berpuluh laporan polis dibuat, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Batu tidak akan berganjak daripada desakan ramai pihak untuk beliau meminta maaf kepada keluarga mangsa yang terkorban dan UMNO yang dihina tanpa sebarang bukti.

Malah, beliau bersedia disaman dan sesekali tidak akan minta maaf.

Tian Chua berkata, "tentang saman ini... saya saman mereka, UMNO saman saya tidak akan menyelesaikan masalah."

"Bukannya menuduh saya menghina anggota komando yang terbunuh, dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang, mengadakan pertemuan dengan Sultan Sulu dan sebagainya," kata beliau lagi.

Bagi membersihkan namanya, Tian Chua membuat laporan polis mengenai dakwaan bahawa beliau telah menghina anggota komando yang terbunuh. Ini satu lagi sandiwara Tian Chua yang kini sudah terperangkap dengan taktik dan mainan kotornya menjelang PRU-13.

Bernama sebelum ini telah melaporkan bahawa puluhan laporan polis dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik terhadap Tian Chua yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Di Perlis, polis daerah Kangar menerima 19 laporan polis terhadap Tian Chua oleh badan politik dan NGO Perlis, semalam.

Kira-kira 150 anggota badan politik dan NGO berkenaan juga mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan ibu pejabat polis itu dengan membawa pelbagai sepanduk yang mengecam Tian Chua.


Di PULAU PINANG, tujuh NGO iaitu Perkasa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta), Persatuan Warisan Dada, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dan Gerak Sepakat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Tiga NGO lain iaitu Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Barat Daya, Persatuan Ibu Tunggal Balik Pulau serta Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno Bahagian Balik Pulau pula menggesa kerajaan menjalankan siasatan terhadap pemimpin PKR itu.

Di KELANTAN, lebih 100 orang kontraktor daripada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Tumpat, mengadakan perhimpunan secara aman di pekarangan Kompleks Perpaduan Tumpat bagi mengecam kenyataan itu.

Di MELAKA, kira-kira 150 penduduk daerah Alor Gajah termasuk anggota beberapa NGO berhimpun di Dataran Keris di sini bagi mendesak Tian Chua meminta maaf atas kenyataannya.

Mereka berhimpun secara aman selama kira-kira 30 minit dengan membawa kain rentang dan sepanduk bertulis antaranya 'Jangan Hina Wira Negara' dan 'Tian Chua Biadap, Nyah Kamu dari Malaysia'.

Tian Chua sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat, susulan kejadian serangan ke atas pasukan keselamatan negara yang  mengorbankan dua anggota polis pada 1 Mac.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger